Pesanan Penaja ^_^

11 Mar 2017

6 Tips Harus Di fikirkan Sebelum Membeli Tiket ke Jepun

Hai.

Tengah malam ni pak cik Tony nak bagi offer tiket Free Seat weiiii..! Khas untuk ahli jer dulu. Yang bukan ahli tunggu esok malam 13 Mac yea.


Apa lagi jom kita berjaga malam ni?

Rebut ler peluang keemasan ni bercuti bersama orang yang di sayangi. Wikwikwik.

Kak MB malam ni tido ler dulu. Bagi rehat dulu cik pasport tu. Kasi penuh dulu tabung ayam. Baru fikir #kemanakitani. :-)

Asik bercerita tentang perjalanan Kembara Musim Salju je kan. So malam ni Kak MB bagi tips sikit kepada u'olls yang teringin sangat nak datang bercuti ke Jepun ni tanpa memerlukan modal yang besar.

Sebelum berfikir nak datang ke Jepun ni. Korang mesti mengeluhkan bila tengok tiket mahal.. Tukaran wang pun mahal.

So sekarang akak ajak korang tukar mind set kita bersama.

Biapun duit negara matahari terbit ni mahal. Kita kena yakin kita mampu ke sana juga hanya berbekal kan modal yang kecil jer. Tapi korang pun jangan plak bermodalkan RM 100 je.. Sah-sah kang tak lepas nak ke sana. Baru sampai KLIA je pun duit abis dah dengan seratus inggit tu.

Lagi satu Kak MB nak bagitau ler. Entry ni Kak MB tulis khas kepada mereka yang nak ke Jepun ala jimat atau ala backapackers. Jika korang bercuti jenis mewah atau menggunakan travel agents atau guide, i think this entry is not suitable for you but it may adds your knowledge.

Ni akak kongsi pengalaman Kak MB masa mula-mula berangan nak ke Jepun ni dengan modal yang tak ada waktu tu. Tapi perlahan-lahan Kak MB usaha penuhkan tabung ayam ni.

Jom baca dulu #tips apa perlu korang buat dan fikirkan sebelum nak beli tiket ke Jepun. Supaya korang tak menyesal di kemudian hari apabila ada tempat yang menarik di sesuatu musim tu korang terlepas nak pergi di samping kira bajet yang di perlukan untuk ke sana.

Musim

Jepun mempunyai 4 musim iaitu Winter (Dis-Feb), Spring(Mac-Mei), Summer (Jun-Ogos) dan Autumn (Sept-Nov). Setiap musim mempunyai keunikan tempat yang berbeza termasuk pemandangan yang berbeza. So sebelum nak beli tiket tu. Sila decide musim mana korang nak pergi dulu. Tapi untuk pengetahuan korang musim bunga atau Spring adalah musim bunga sakura so tiket time ni agak mahal yea. Dan rakyat Jepun pun kebanyakkannya keluar beriadah time ni iaitu di namakan Hanami (berkelah bawak pokok sakura). Tapi jika nak merasa musim sakura. Apa salahnya kan berhanami sama. Pengalaman yang menarik jugak. Musim Autumn juga sama seperti spring. Tapi korang boleh follow ler airlines yang akan buat promosi tiket murah.

Bagi Kak MB musim winter selalu AA bagi pagi tiket murah dengan Free Seat atau Tiket+Hotel. Musim summer Kak MB tak penah check harga tiket. Tapi aktiviti yang selalu diorang buat di musim panas adalah mendaki gunung fuji.

Jumlah hari berada di Jepun

Ni kena fikir gak berapa hari korang nak duduk sana dengan jumlah bajet ciput korang. Kalau ada 3ribu. Tak kan nak duk sana sampai 10 hari kan. So kita rangka dulu itinerary ringkas dan bajet di perlukan sebelum decide nak beli tiket flights.

Itinerary Ringkas

Itinerary ringkas ni penting untuk korang yang pertama kali nak ke Jepun dengan tanpa pengetahuan mengenai tempat apa yang menarik di sana. Sebabnya tak semua tempat yang menarik tu akan beroperasi selalu. Ada musim yang diorang akan tutup tempatnya.

Macam mana nak tau tempat menarik di Jepun ni???

Boleh buka website Japan Guide sebagai panduan korang untuk tahu tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Ini penting supaya korang tak terlepas pergi sesuatu tempat yang bersesuaian dengan musim yang korang pergi tu.


Macam mana pula nak tengok ia menjadi tumpuan pelancong ke tak?? Korang boleh tengok jumlah titik merah di setiap attractions yang ada. Kalau dapat 2@3 titik merah tu kira ia tempat yang famous untuk kunjungan setiap pelancong yang datang. Ataupun jumlah percent % votes pun boleh menjadi rujukan korang sebagai ia menjadi tumpuan pelancong.

Hah macam Kak MB pergi musim winter. Of course korang nak pi main salji kan. So masukkan mana-mana pusat ski yang korang nak pergi atau pun tempat yang cantik viewnya ketika musim salji contohnya seperti Shirakawa Go.



Korang pun kena tau gak ada sesetengah tempat ia tidak beroperasi pada sesetengah musim. So untuk mengelakkan korang membazir masa bila dah sampai dan tengok tempat tu tutup. Better korang hadam kan dulu baca Japan Guide ni. Di sini macam-macam maklumat yang korang boleh dapat.

Pengangkutan

Dah buat itinerary ringkas baru fikir pengangkutan apa nak gunakan sepanjang berada di bumi Nihon tu. Contoh transport yang selalu digunakan pelancong train, bus dan flight. Tapi di sebabkan ni percutian bajet. So transportation seperti kapal terbang kena tolak ke tepi ler yea. Tumpukan kepada pengangkutan seperti bus dan train.

Pakej/ Pass yang Sesuai

Dah decide pengangkutan mana nak guna ketika di Jepun. Baru korang boleh pilih nak guna pass mana yang sesuai dengan tempat yang korang nak pergi. Tapi korang kena tahu jugak. Tak semua tempat boleh cover dengan pass train mahupun pass bus. Kena tau juga route map perjalanan supaya penggunaan pass yang dibeli boleh di maximumkan penggunaanya. Baru ler jimat.

Contoh 1 : Kalau korang just nak round Osaka. So korang tak perlukan JR Pass dan hanya perlukan Osaka Amazing Pass sahaja.

Contoh 2 : Kalau korang nak round area Kansai je iaitu Osaka, Kyoto & Kobe tapi tak nak guna JR Pass. Nak naik local train dan bus jer. Korang boleh guna Kansai Thru Pass seperti gambar di bawah ni. Pass ni ada cover 2 hari dan 3 hari.



Tapi kalau korang nak round banyak tempat dan jarak sesuatu tempat tu pun jauh. Contoh seperti dari area Osaka hingga ke area Kanazawa untuk pergi ke Shirakawa Go dan patah balik semula ke Osaka. So korang boleh amik JR Pass dengan syarat dan tempoh pengunaan pass itu sendiri.

Untuk pengunaan pengangkutan bas pula ia lebih jimat jika penggunaannya untuk perjalanan sehala. Kalau perjalanan dua hala ia agak tidak berbaloi bagi Kak MB. Kecuali korang naik bus dan overnight dalam bas. Ni jimat ler dari segi penginapan pula.

Kalau naik bas waktu siang. Dia tak jimat dari segi masa perjalanan yang agak lama di tambah letih nanti. Namun ia bergantung kepada jumlah hari korang bercuti di sana. Kalau bercuti 7 hari dengan jarak tempat yang di lawati adalah jauh antara satu tempat yang lain. Better pakai JR Pass dari Pass Bus.

So korang boleh baca dan hadam kan maklumat pass train seperti di Japan Rail Pass dan Rail Passes in Japan untuk lebih penjimatan. Ni juga kak MB bagi kan pengangkutan bus yang ada menerusi Willer Express Bus/Travel. Nanti korang buat ler perbandingan harga di antara penggunaan JR Pass dengan Pass Bus.

Untuk pengetahuan korang juga. JR Pass tak semua boleh di beli ketika sampai di Jepun. Ada pass yang kena beli dari travel agent di Malaysia lagi. Kalau JR Pass ni kebiasaannya beli di Malaysia lebih murah dari di Jepun. Kalau Osaka Amazing Pass dan Kansai Thru Pass tu boleh beli di Jepun yea.

Penjimatan ni semua terletak di tangan korang. Kena study sedikit yea. Demi kepuasan maximum seperti akak ari tu.

Tiket Penerbangan

Kalau ittinerary ringkas dah siap serta dah tau penggunaan pass mana yang sesuai dengan trip dan bajet kewangan korang ni. So apa tunggu lagi.. Jom ler tempah tiket murah pula.

Macam mana nak dapatkan tiket murah ke Jepun?

Korang boleh guna website ni yang selalu menjadi pilihan ramai Cheap Flights dan Sky Scanner.
Diorang-diorang ni akan membantu korang untuk search semua penerbangan yang ada dalam dunia ni termasuk ler AA dan Mas. Diorang ni akan tolong korang mencari tawaran flight yang murah mengikut tarikh yang korang nak.

Tapi kena ingat juga. Murah itu tak semestinya bagus buat kita. Kena amik kira juga faktor lain. Contohnya jimat naik airlines lain dari AA tapi kena transit pula di tempat lain dulu sebelum sampai ke destinasi kita di Jepun. So kita dah tak jimat dari masa dan tenaga. Bagi Kak MB better mahal sikit yang penting direct flight.

Selain tu korang boleh jadi ahli di airlines yang korang minat supaya setiap promosi yang airlines buat. Maklumat tu korang akan dapat dulu melalui email dan korang di beri kelebihan dahulu untuk grab promosi yang berlangsung sehari sebelum promosi tersebut di buka kepada orang ramai.

Contohnya malam ni Air Asia akan buat Free Seat di semua destination kepada orang yang menjadi ahli AA dahulu. Esok tengah malam baru dibuka pula peluang kepada yang bukan ahli.

Pada pengalaman Kak MB mengenai grab tiket  murah ni pun. Lagi lambat tarikh untuk kita berlepas. Lagi murah harga tiket tu berbanding pembelian tiket untuk tarikh berlepas yang semakin hampir.

Lain pula dengan Promosi Mas. Lagi  hampir tarikh untuk kita berlepas. Lagi murah pula promosi yang diorang bagi. Tapi website Mas Airlines jarang Kak MB bukak sebab harganya tak memenuhi nilai di tabung ayam Kak MB. Huhuhuhu

So untuk jimat. Beli ler tiket setahun sebelum berlepas. :-)

Tapi ada juga AA buat promosi hari tu untuk penerbangan AirAsiaX iaitu D7 pada bulan Oktober kebiasaannya dengan waktu berlepas Nov hingga April. So luck ler buat diorang yang dapat grab tiket murah ketika waktu penerbangan semakin hampir..

Time tu memang AA ada bagi promosi separuh harga dan ada yang promosi Free Seat dan promosi tiket+hotel. So depends pada bajet korang ekk.

Apa yang Kak MB search mengenai tiket murah ni.

Kalau harga tiket KL-Osaka dari RM 299 hingga ke RM350  tu dah kira murah dah untuk sehala. Kalau return KL-Osaka-KL RM 700 ke bawah itu dah kira murah.

Untuk tiket AA dari KL-Haneeda-KL kebiasaannya RM 399 ke RM 599 tu kira murah untuk sehala. Kalau tiket return RM 1,100 ke bawah itu di kira murah. Tiket Osaka lebih murah dari Haneeda sebab Haneeda adalah di Tokyo area bandar daripada Osaka di Kansai. Jarak perjalanan ke Osaka pun hanya 6jam manakala Haneeda 7jam.

Ni harga tiket untuk seorang yea. Bermula dari harga tiket sahaja hinga ke meal dan check-in baggage kecuali insurans tidak termasuk harga yang Kak MB bagitau tadi yea. Harga tu pun akak riki dari hujung tahun 2015 hingga awal 2017 sahaja. Tahun-tahun sebelumnya atau tahun akan datang Kak MB tak tau harganya.

Jadi setakat ni je ler kott tips ringkas dari Kak MB. Kalau akak teringat lagi nak tambah atau korang sendiri ada nak share juga berkaitan tips sebelum membeli tiket flight ni. Korang boleh tinggalkan jejak korang di komen atau email Kak MB.

No comments: