Pesanan Penaja ^_^

6 Mar 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 4 Togetsukyo Bridge

Entry sebelum ini Day 4 Bamboo Groove

Kon'nichiwa (こんにちは)

Maaf sesangat-sangat. Dah banyak hari Kak MB tak update cerita di Jepun ni atas sebab kekangan kerja kan.

So hari ni kita sambung balik cerita kita mengenai Togetsukyo Bridge pula.

Mana yang dah baca kisah sebelum ni pasti dah tau kan yang jambatan ni sangat dekat dengan Bamboo Groove. Dan dia juga menjadi tarikan pengunjung di setiap musim. 

So sesapa yang datang ke Arashiyama ni pasti akan pergi ke Bamboo Groove dan Togetsukyo Bridge ni.

Apa istimewanya Togetsukyo Bridge ni?


Sebenarnya di sebalik nama Togetsukyo Bridge ni. Ia membawa maksud jambatan lintasan bulan. Nama ni diberi oleh seorang maharaja di zaman Heian lagi. Ketika itu baginda duduk di sungai ni dan tiba-tiba beliau ternampak bulan pada waktu itu sedang melintasi jambatan tersebut. So atas fenomena tersebut terus baginda memberi nama jambatan ini dengan gelaran Togetsukyo Bridge a.k.a Jambatan Lintasan Bulan.

Pemandangan di persekitaran jambatan ini juga sangat cantik ketika musim bunga dan musim luruh dengan tanaman pokok blossom dan di tambah pemandangan gunung Arashiyama berdekatan.

Tak heran ler waktu pagi di sini ia menjadi port aktiviti warga tempatan dan pelancong untuk tengok sunrise dan berjoging.



Agaknya di sini kot maharaja dulu tu duduk tengok bulan melintas di jambatan tu.. Hihihii. (agaknya yea)

Masa Kak MB datang sungai belakang tu iaitu Sungai Katsura tengah ada baik pulih di bahagian tebingnya. Jadi view belah sini tak berapa sangat cantik. Tapi kalau korang datang musim autumn Gunung Arashiyama belakang tu akan berubah warna hijau oren kuning merah. So pemandangan akan lebih cantik.





Tapi hari ni baru ajer ribut salji berhenti sebelum akak ke Bamboo Groove tadi so pemandangan gunung belakang tu nampak ler putih-putihnya berselang seli warna hijau daun dan ranting-ranting pokok jer yang tinggal.

Tu yang nampak gambar Kak MB macam kelabu dan suram je.. Tapi hati tetap gumbira. Suhu sangat sejuk time ni di tambah angin kuat. Terketar-ketar badan walaupun dah pakai baju sampai 5 lapis dah tau.



Alhamdulillah. Reda dah ribut salji tadi. Cuaca di sini kita tak boleh nak agak kecuali tengok accwether . Kalau tadi ribut sekarang dia dah reda. Jap lagi cahaya matahari keluar menyilau. Ingatkan panas hingga ke petang. Tau-tau kang 30minit lepas tu  ribut balik salji. Gitu ler kalau hujan juga..

Sambil-sambil duduk di bangku menghadap orang tengah bekerja construction ni. Boleh ler akak menghirup udara segar di sini sambil menikmati pemandangan orang yang sedang berjoging dan warga emas yang berjalan serta abang beca yang rajin mengutip sampah di sini. Tak kira profession apa pun diorang. Diorang still mengutip sampah di sekeliling mereka sambil menunggu pelanggan yang ingin mengunakan khidmat beca mereka.

So sambil akak melihat gelagat diorang di sini. Jom kita makan dulu daifuku ichigo yang akak beli di kedai sweet potato dekat Bamboo Groove tadi.


Kalau semalam akak beli satu je daifuku di Nara dengan harganya 300yen satu. Tu pun perisa kacang isi nya. Jadi hari ni akak repeat balik beli 3biji daifuku ni dengan harga 600yen je. Murah kan. Siap ada 3jenis inti yang berlainan. Yang putih tu isinya kacang, pink isinya laici dan hijau isinya green tea. Rasa ketiga-tiga daifuku ni memang sedap ditambah buah strawberry yang manis.

Recommended untuk korang yang datang ke sini. Wajib cuba..!!

Untuk akak buat daifuku dekat Malaysia ni akak kena tengok dulu cara nak buatnya dekat youtube. Tapi akak tak janji rasanya sesedap di Jepun. Sebab di Jepun buahnya manis. Tapi di Malaysia Strawberrynya lebih kepada masam. So takut rasa tak sedap.

Puas dah kami menikmati daifuku. Jom kita berjalan menyusur ke jambatan Togetsukyo pula.






Kalau tadi akak duduk di area Sungai Katsura tapi kali ni akak berdekatan dengan sungai Hozu pula.

Maksud akak tadi duk di belah kiri jambatan then sekarang akak ke belah kanan jambatan pula.

Di bahagian sini memang cantik pemandangan nya. Kiranya di kawasan sini memang cantik view. Tak rugi korang explore di sini.


Cahaya matahari pun dah mula nak menyilau mata dah. Tapi korang jangan tertipu dengan silauan matahari tu. hehehe Nampak je silauan tu macam garang dan panas tapi sebenarnya ia sangat menyejukkan badan hingga ke tulang sejuknya yea.



Gambar di atas ni adalah berlatar belakang kan Sungai Hozu. Ni adalah end point bagi Hozugawa River Cruise.

Macam mana nak naik cruise ni? Korang boleh baca di sini Hozugawa River Cruise sebab untuk akak explain mengenainya agak susah sebab akak tak naik kan. So tak boleh nak share maklumat dan pengalaman naik cruise ni. Tapi yang akak tau harganya sangat mahal lebih kurang RM 160 sehala.



Ni ke cruise nya?

Akak rasa bukan sebab check dekat website di atas cruise nya ala-ala sampan kita yang di dayung oleh pendayung khas. 





Tapi untuk bertanyakan info berkaitan cruise dan boat. Boleh ler gi ke end point tersebut. Nampak tak banyak-banyak boat tepi kanan tu. Situ ler tempatnya.

Cer korang tengok sungai ni?

Bersihkan sungai mereka. Tak ada sampah langsung. Semua mereka jaga dengan rapi dengan penuh tanggungjawab atas sikap mereka sendiri. Pakat semua bersatu hati menjaga kebersihan. Boleh menjadi budaya Kak MB balik ke tanahair nanti nak terapkan dalam jiwa anak-anak.

Aikkk selama ni akak tak jaga kebersihan ke?

hehehe.. Selama ni akak jaga juga kebersihan tapi tak sedisplin di sini. Tapi bila sampai di Jepun. Sampah jatuh pun wajib kutip balik yea.. Kak MB bawak plastik beg tiba-tiba di terbangkan angin pun Incik Padil sanggup kejar plastik tu then amik terus buang dalam tong. Hah, macam tu ler nampaknya displin yang akan di terapkan dalam diri masing-masing. Insya Allah.




Kalau tadi matahari dah menyilau kan.. Sekarang cahaya macam malu-malu plak dah. Bila tengok arah sana macam akan bersalji balik kang ni. Tengok belah gunung sana macam tengah ribut salji semula.

Tapi tak pelah kita teruskan ajer perjalanan kita ke atas jambatan pula.



Ni namanya senyum terpaksa. Sebab time ni angin sangat kuat tau. Rasa sejuk yang amat. Jadi akak di Togetsukyo Bridge ni tak lama. Just amik gambar dan terus berjalan menuju ke Station Arashiyama by Hankyu Line.




Tenang. Damai. Rasa tak nak balik je dibuatnya. Sebab suasana sini sangat lain dari kebiasaan di tempat kita.

Tapi apa kan daya Kak MB perjalanan harus di teruskan. Selamat Tinggal Arashiyama.

Jom kita ke amik Arashiyama station dan amik train hankyu pula.

Dari jambatan ni kita ke Hankyu Line. Kak MB tak perlu nak berpatah balik jalan yea. Teruskan perjalanan dalam 10minit berjalan je. Time ni pun salji turun semula. Check weather menunjukkan Arashiyama akan bersalji lagi petang ni. Untung sapa yang datang hari ni di Arashiyama. Dapat merasa pengalaman salji turun.



Yang ni route perjalanan kaki Kak MB untuk di Arashiyama. Kiranya dah 3.5 km dah Kak MB berjalan. Lepas ni kita nak ke Nishiki Market dan seterusnya ke Osaka pula.



Check Japan Travel train untuk ke Nishiki Market akak memerlukan pertukaran train sebelum sampai ke Karasuma Station iaitu station yang berhampiran dengan Nishiki Market.

Seperti biasa train sentiasa on time dan tak perlu menunggu lama sangat. Sampai doh train kami.

Rupa train ni agak klasik juga. Macam dalam train cerita omputih bangsawan zaman dulu.

Jadi sekali lagi Kak MB mohon maaf dipinta tak ada gambar yang akak amik masa dalam train ni. Almaklum ler.. Baru ni dapat menghentikan kaki dari bergerak kan sampai tak teringat nak snap gambar.

Next entry Nishiki Market

No comments: