Pesanan Penaja ^_^

13 Mar 2017

Tips Membeli Winter Clothes Baru & Murah

Assalammuallaikum.

Hai.

Hello.

Yeahhh, sekarang di Japan, China dan Korea sedang musim spring iaitu musim bunga tau.

Tapi di Hemisfera Selatan seperti Australia, New Zealand dan sebagainya akan musim sejuk pada Jun hingga September pada setiap tahun. Manakala negara Europe di bahagian Hemisfera Utara iaitu Rusia, Switzerland, Italy dan sebagainya akan musim sejuk pada Disember sehingga March.

So musim sejuk last month ramai kengkawan Kak MB berjemaah bercuti ke negara Jepun dan Korea untuk bermain salji dan menikmati musim nya. Sebab musim sejuk adalah musim low season. So tiket flights dan penginapan sangat murah ketika ni.

Jadi kepada kengkawan yang sedang sibuk buat preparation untuk ke Europe pada pertengahan tahun ni. Boleh ler riki-riki baju sejuk yang cantik dan pastinya harga pun murah di Ezbuy Malaysia.

Walaupun ramai yang nak ke sana bermain salji dan merasai sendiri pengalaman beraktiviti dalam musim sejuk tapi korang jangan ambik mudah ye dari segi tatacara berpakaian dan menjaga kesihatan selalu. Tu sangat penting supaya tak jatuh sakit di negara orang.

Bila memikirkan bab pakaian sejuk ni?

Of course ramai yang kena bermodal besar untuk membeli "Winter Clothes. Winter Wear & Winter Coats" di sini kerana Malaysia bukan ler sebuah negara sejuk. Jadi bila nak membeli pakaian sejuk ni di sini pasti harganya agak melambung sedikit ekoran permintaannya tak banyak. Kos untuk membawa pakaian sejuk ke sini dengan permintaan yang kurang. Membuatkan pakaian tu menjadi mahal.

Kebiasaannya kengkawan Kak MB akan suggest beli aje di Kedai Bundle yang harganya jauh lebih murah dari Butik Winter/ Traveller. Ada yang baru dan ada yang dah dipakai pakaian tu.

Ada juga yang suggest gi ke Matta Fair beli winter clothes sebab time ni semua buat SALE giler-giler separuh harga kan. Tapi ia still mahal bagi Kak MB yang nak kan travel bajet tapi puas hati. Urmmm..!!! Tak pun boleh survey-survey harga di Daiso ataupun Uniqlo. Adakala diorang buat sale gak.

Tapi tips yang akak nak bagi hari ni jauh lebih murah tau. Tak perlu nak ke Matta Fair.. Tak perlu nak ke Mall nak survey harga baju sejuk. Yang ni segala-galanya hanya di hujung jari je. Klik sini.. Klik sana. Then bayar. Corfirm murah. Berbaloi..! Berbaloi sangatttt...!!!

Tak percaya..?? Jom baca sampai habis.

Pernah dengar tak website daigou ataupun ezbuy. Kalau tak pernah. Korang boleh klik website ni Ezbuy Malaysia.

Dekat website ni macam-macam barangan dari Negara China akan di pamerkan untuk jualan dengan harga yang jauh lebih murah dari Malaysia.

Kualiti? Branding? Ciplak? Fake??

Semua benda tu memang sinonim dengan China. Tapi tak semua nya barangan mereka tak bagus. Bagi Kak MB barangan yang di jual di Malaysia pun sebenarnya banyak di import dari negara sana. Sebab costing pembuatan dari sana sangat murah berbanding negara lain kerana negara itu mempunyai tenaga buruh yang ramai.

Tak percaya? Sila banyakkan membaca yea.


Jadi bila akak dah tau banyak pakaian sejuk yang di jual di IG tu semua dari ezbuy.

So akak terus beli je dari sini dengan harga yang murah.

Jom kita tengok ezbuy ni menjual apa?

Tapi sebelum tu kalau korang nak mengshoping di sini. Wajib ler mendaftar terlebih dahulu sebagai ahli yea.


Ikut je arahan dan maklumat apa yang mereka nak dan isikan butiran seperti tu.

Dah daftar sebagai ahli. Baru boleh log-in dan shopping..!!


Search je winter cloth atau winter coats.

Berlambak ler pakaian sejuk yang keluar nanti.

Nah. Amik ko..! Sarung tangan sejuk hanya harga RM 4 jer. Kalau sini paling murahpun RM 25.

Murah kan..


Kasut winter yang di jual di ezbuy pun harga bawah RM 30 weiii..!! Kalau di IG RM 78 kot..

Tak percaya???

Nah ni bukti nya..

 Harga di IG.
Harga di ezbuy.

Jauh bezakan harganya. Barang bukan bundle. Barang baru dan harga murah. Cuma korang kena import dari China sahaja. Kalau nak murah. Beli ler sekali semua pakaian sejuk yang korang nak. Dan pos sekali dari sana. Lagi penjimatan.

Ni ler modal kasut yang Kak MB beli. Serupa seperti dalam IG yang dah lama akak riki tu.
Kemudian cari pula stokin cashmere iaitu stokin yang diperbuat daripada bulu kambing biri-biri. Di Malaysia harganya RM 25-RM 50 sepasang mengikut ketebalan. Tapi di ezbuy harganya kurang RM 10 weiii.. Mana nak cari stokin bulu kambing semurah tu.

So apa lagi. Jom grab stokin ni untuk next travel.


Ni perbandingan harga untuk winter jacket yang Kak MB beli. Harga di ezbuy RM 52 tapi di IG RM 170. Kak MB dah jimat RM 118.


Tapi korang jangan salah anggap plak yea.

Ni hanya bertujuan untuk perbandingan harga sahaja. Bukan nak lingkupkan perniagaan orang ni. Sebab tu Kak MB cover nama kedainya.

 Harga di IG vs harga di Ezbuy.


Ni harga winter jackets Incik Padil. Tapi akak da saving RM 68.

So totally untuk Kak MB beli winter jacket Incik Padil bersama muffler dan sarung tangan adalah RM 113 je termasuk postage.

Yang ni contoh ler yang Kak MB beli. So totally untuk pakaian sejuk Kak MB dengan Incik Padil hanya RM 500 sahaja termasuk winter coats, kasut, sarung tangan dan muffler.

Lebih jimat dari hasil calculation Kak MB sekiranya membeli baju sejuk di butik pakaian sejuk di Malaysia dengan harga hampir mencecah 2ribu.

Material yang Kak MB dapat pun sangat bagus. Alhamdulillah. Tebal. Selesa. Dan boleh cover badan ni sehingga suhu di paras beku iaitu -5.

Korang pun boleh beli long john dan apa sahaj korang nak di sini.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai item yang korang beli. Boleh chat di ruangan bawah tu. Nanti dia jawap soalan korang. Ezbuy ni ada syarikat di KL. So dia sebagai orang tengah di antara pembeli dengan penjual dari China. Apa-apa pun harga nya still murah dari tempat lain.

Apa tunggu lagi? Let's shopping.. :-)

15 comments:

Anonymous said...

Kak MB nak tanya, winter coat tu kita nk amik size besar sikit ke?

susie said...

Kak MB nak tanya, winter coat or sweater perlu ambik size yang selalu kita pakaike?

mira bechok said...

untuk pakaian winter better amik saiz badan kita..sebab kita nak lindungi badan dari sejuk so baju winter kena fit2 badan.. tapi kalau saiz kasut kena amik besar ckit sebab nanti nak pakai stokin tebal

ainul arshad said...

salam sis,

nak tanya, winter jacket yg sis beli tu,tahan sejuk x? maksud saya yg suhu sampai negatif ni. sebab saya tengah survey winter jacket untuk ke hokkaido.

lagi satu,kasut sis pakai tu,dekat snow ok x? licin x?

mira bechok said...

Waallaikumsalam.

alhamdulillah. winter jacket saya ni tahan sejuk. kalis air. tapi kalau suhu berangin still rasa sejuk gak. tapi biasa nya utk suhu 5 ke bawah still kena pakai long john dan long john tu ada yang smpai -10. utk still warm pakai Hot pat.

baju winter incik padil tu tahan sejuk. sedap sebab dalamnya berbulu


kasut saya pakai tu kalau snow xsesuai. akan basah. saya pun sampai tokyo beli booth lain.

ainul arshad said...

oo terima kasih. saya memang ada beli thermal wear untuk pakai di dalam. kalau sis kate ok boleh la saya beli sebab agak was2 juga takut tak tahan nnt kesejukan saya nnt hehe. ok untuk kasut saya kena srvey yg lain la.terima kasih atas pncerahan :)

Suhada Shah said...

Good info.. Thumbs up!!!
tak sia2 search pasal winter coats ni.
Thank uuuuuuuuu!!!!

mira bechok said...

Ainul arshad : kl pakai winter coat dan baju berlapis2 pun still boleh rasa warm. tapi takut bila angin kencang datang. time tu ler rasa sejuk akan sampai ke tulang rasanya. so better cari themal wear yg sesuai dengan badan kita :-)

mira bechok said...

suhada shah : tq datang baca di Mira Bechok

Firdaus Aris (FA) said...

kak MB yg lawa.. so far baju yg akak pakai sepanjang kat jopun tu beli kat ezbuy ke? kualiti okey ye kak?

Firdaus Aris (FA) said...
This comment has been removed by the author.
mira bechok said...

hai Firdaus Aris

serius. baju dekat ezbuy ni sangat berkualiti. tebal. material tahan sejuk dan tidak meresap air. kalau bersalji.. insya allah tak basah. tapi kasut tu kalau kena salji dia basah.nt kaki sejuk. kalau setakat gi musim sejuk tapi xbersalji ok ler kasut tu.

Anonymous said...

salam. berapa lama ye anggaran barang akan sampai kalau kita purchase thru website ni? berapa lama akak tunggu?-nuraina

mira bechok said...

wkmsalam. penghantaran ada 3 jenis. 1. melalui gdex (4hari ke 7hari) 2. melalui jalan udara (17hari ke 14hari) 3. melalui jalan laut (14hari ke 30 hari). baru sampai Malaysia.

besa kak mb amik jalan laut jer. lebih murah tapi kena sabar ler menunggu. tapi skrg kena check ezbuy.com takut ada cara penghantaran yang baru :-)

Azam said...

Salam.

Selalunya size China ni kecik 1 saiz. So kene ambik 1 saiz besar or ambik je saiz kita? And if salah size boleh tukar ke?