Pesanan Penaja ^_^

8 Mar 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 4 Glico Man, Dontonbori

Entry sebelum ini Day 4 Nishiki Market

Kon'nichiwa (こんにちは)

Hai.


Sampai jugak akak akhirnya di Osaka ni. Syukur. Alhamdulillah.


Walaupun tadi akak tersalah jalan tapi nasib baik jugak ler ada uncle Jepun ni tiba-tiba dia datang tercongokkk depan Kak MB. Ingatkan dia datang nak mintak sedekah. Rupanya dia nak tolong Kak MB tunjuk arah jalan sebab dia tengok Kak MB macam tercari-cari landmark nak ke Dontonbori kot time tu.


Uncle Jepun ni sebenarnya hanya pandai cakap bahasa Jepun jer. So dia nak menunjukkan arah jalan kepada kami pun hanya mengunakan body language. Nasib baik ler uncle ni tolong Kak MB. Tanpa pertolongan dia. Ntah-ntah jauh Kak MB berjalan dalam kesesatan di situ.


Ni akak nak bagitau korang sikit. Kebiasaan rakyat Malaysia kalau datang bercuti ke Jepun ni area Tokyo dan Osaka adalah tempat  familiar yang selalu menjadi pilihan mereka. Kalau di Tokyo popular dengan theme park Disneyland dan Disneysea tapi di Osaka pun ada theme park juga iaitu Universal Studio Japan.  Jadi di Osaka ni juga ada pelbagai attractions yang menarik untuk korang kunjungi bagi setiap peringkat usia sama seperti di Tokyo.


Tapi kunjungan akak kali ni di Osaka bukan nak gi try semua atrractions yang ada di sini. Tapi ia hanya sekadar touchdown ke Dontonbori sahaja.


Kiranya ni melepaskan hajat si Incik Padil yang nak sangat tengok si Glico Man tue.


Sapa Glico Man ni? Artis? Pelukis? Pelawak atau sedara mara ke? hehehe.


Bukan. Meh akak tunjukkan gambar dia.




Hah, ni ler En Glico Man.


Abang kacak yang sedang berlari.




Sesapa yang datang ke sini tapi tak amik gambar abang Glico Man ni. Ia seperti umpama makan nasi kosong jer. Percutian korang jadi tak lengkap tau. 

So signboard Glico Man ni memang terkenal di kalangan pelancong asing dengan kisahnya yang tersendiri.




Nak tau ke apa kisah disebalik signboard Glico Man ni tercipta di situ????

Okay ler Kak MB cerita kan sikit yea mengenai Glico Man ni. 


Glico Man adalah gambaran seorang atlet gergasi dengan simbol gula-gula Glico. Glico tu adalah nama gula-gula tradisional di situ. Sekiranya atlet ni memakan gula Glico ni ia ibaratkan mampu memberi tenaga kepada si atlet ni untuk berlari. Itu kisah mulanya sapa Glico Man ni. Sehingga ler dia menjadi ikon sebagai pemberi sokongan kepada pasukan besbol di Osaka dan di versikan dengan penggunaan lampu LED dan seterusnya mengunakan lampu neon pada signboard tersebut.





Ni ialah Kani Doraku Crab iaitu sebuah restoran ketam gergasi yang sangat popular di sini. Kalau korang nak cuba merasa giant crab di sini boleh buat reservation terlebih dahulu. Jika korang main walk in jer. Nanti ramai orang dan korang perlu amik nombor giliran dengan pekerja yang bertugas di hadapan kedai ni.

Time akak datang ni adalah CNY so ramai orang dari Big Land duk depan kedai ni untuk menunggu nombor giliran mereka di panggil.



Yang ni restoran ikan buntal. Nama kedainya Zubora-ya. Dia mengunakan signboard ikan buntal sebagai lantern. So waktu malam ia mesti cantik bercahaya ni.

Jom kita layan signboard-signboard yang sempat Incik Padil snap kan di Dontonbori ni.





Dekat sini memang banyak terdapat signboard-signbord gergasi dengan rupa yang pelik-pelik bagi akak. So korang kalau nak tengok keindahan signboard-signboard ni. Boleh ler datang pada waktu malam. Sebab pemandangannya lebih cantik di waktu malam berbanding waktu siang ketika Kak MB datang tu.






Apa kan daya.. Bajet nak stay di Dontonbori sampai malam. Tapi dek kerana urusan banyak nak setle kan di penginapan sebelum berlepas ke Tokyo pula esok. So kami decide nak balik awal je ari ni ke Bakpak Hostel.



Sebenarnya di Dontonbori ni juga berdekatan dengan tempat shopping yang sangat happening bagi korang yang suka shopping. Tempat ni dikenali sebagai Shinsaibashi Arcade. Pintu masuk ke Shinsaibashi ni betul-betul berhadapan dengan Glico Man ni jer. 





Tak heran ler di Shinsaibashi ni memang menjadi tumpuan manusia. Nak masuk pun berpusu-pusu orang kott. Kak MB pun naik rimas nak masuk situ. Tapi dah alang-alang sampai. Rugi plak tak tengok-tengok apa yang ada di dalam shopping arcade ni. 

Dah kerana Incik Padil beriye benar nak tengok apa yang hado dalam pusat shopping ni so Kak MB dayakan juga melangkah masuk dalam ribuan manusia tu.

Kedai kasut ABC Mart pun ada. So akak riki-riki lagi harga Timberland still sama seperti di ABC Mart di Nishiki Market tadi.

Kedai kasut Dr. Marten pun ada... Wahhh... Culture shock jap... Rare..!!


Akak dah rambang mata menengok sana sini SALE..!!


Serius weii.. Sini memang syurga untuk menghabiskan duit. Ada banyak sale siott.. Semua murah-murah belaka. Kalau korang peminat beg LV (Louis Vuition). Di sini ada jual LV original beb. Harganya pun jauh lebih murah dari tanahair kita. 


So apa lagi??? 


Simpan ler duit. Next time boleh shopping LV sini. Hahahahah. (sori..akak lupa nak amik gambar.dek leka naww tengok Sale yang ada..)




Design-design bajunya lagi rare dari tempat kita. Kiranya di sini adalah syurga fesyen yang pelik-pelik tapi cantik. Up to date design..



Macam-macam cara diorang nak tarik hati pelanggan datang ke kedai mereka.


Hah, ni gambar yang sempat di rakamkan. Walaupun kedai ni di tingkat 4. Namun diorang ni sanggup menjerit-jerit memanggil pelanggan di bawah ni untuk naik ke kedai mereka di atas tu.

Kalau akak ler yang bekerja di situ. Tak der ingin akak nak menjerit terpekik terlolong situ. Buat sakit tekak jer.. Orang di bawah tu ntah nampak ke ntah tidak kami di atas ni. kalau nampak pun.. Sengaja buat-buat tak nampak. hehehe. Alasannya. Malas nak naik ke atas tu.



Kepada peminat kosmetik atau skincare yang berjenama SKII atau Shiseido. Korang boleh datang sini dan borong skincare banyak-banyak yea. Sebab sini harganya sangat murah. Dan yang pasti ia original 100% dan tax-free.

Akak hanya tengok-tengok je tak shopping pun. Sebab main point datang ke sini bukan untuk shopping. Hanya nak berjalan dan window shopping je yea. :-)



Sedang akak berjalan menyusur dari satu lorong ke lorong yang lain di Dontonbori ni. Akak dapat pula broucher dari pekedai makanan halal. Tapi menu kedai ni adalah makanan Indian cuma tauke nya sahaja orang arab.



Kedainya pun di bahagian atas.




Bila tengok waktu tu pun dah pukul 2.30 petang. Patut ler perut dah berkeroncong. So kami berehat dulu untuk makan dan bersolat di sini.





Harga menu tak mahal. Standard harga dalam 1,200 yen untuk 1 set nasi, kari ayam, kuah dal, salad, roti paratha dan air. Memang puas hati. Kenyang sangat walaupun harganya dalam RM 48. 

Untuk set menu dengan harga itu di sini. Ia di kira murah. Jangan compare dengan negara kita. Of course ia jauh beza mahalnya. :-)


Kira kedai ni pun menjadi destinasi rakyat Malaysia untuk makan. Sebab masa Kak MB sampai. Hanya akak je yang ada di situ sebagai pelanggan mereka. Selang 15minit baru ada sekumpulan rakyat Malaysia dengan mak, suami, adik beradik dan cucu sekali datang bercuti di Osaka ni. Mereka pun turut makan makanan di sini juga.


Alhamdulillah. Dipermudahkan perjalanan dan kembara akak di sini.




Dah setle semua. Jom kita sambung semula berjalan.



Selain tu, kalau korang tak berminat nak shopping tapi nak jalan-jalan di sekitar Dontonbori sahaja tapi malas nak berjalan di setiap lorong kedai yang ada ni. Korang boleh cuba naik River Cruise di sini dan boleh pusing-pusing melihat persekitaran di Dontonbori ni. 

Kiranya River Cruise ni macam boat di Sungai Melaka ler. Bersiar-siar melihat Bandaraya Melaka dari dalam boat.



Kalau korang guna Osaka Amazing Pass. Korang boleh naik River Cruise ni secara FREE yea. Kalau tak ada pass. Boleh tanya pada orang yang menjaga khidmat river cruise tu berapa nak kena bayar.



Dalam sibuk-sibuk Kak MB nak bergambar. Tertiba akak ternampak satu insiden di luar jangkaan. hehe

Eh eh sini pun da orang terkencing merata-rata jugak yea. Aduhaiii.. Sama jugak ler insiden di sungai melaka dulu pun orang terkencing merata-rata dekat sungai jugak.

Nasib ler wahai ikan oitt... Bernafas dalam sisa buangan manusia.





Jadi korang tak perlu pergi jalan di merata-rata tempat. Di Dontonbori ni semua ada. Dari tempat shopping nya sehingga ler ke tempat makanannya. Semua ada di sini dan menarik. Menunya tak perlu nak cerita ler. Pelbagai menu ada. Yang penting cari yang halal yea.


Korang pun jangan lupa cuba Luke Lobster di Shinsaibashi nanti. Akak sangat terkilan tau sebab tak dapat makan Luke Lobster ni. Dek gara-gara ghairah nawww berjalan dan melihat jualan murah sana sini sampai lupa nak makan lobsters. Sedih.. ;-( Sob sob sob

Ni pun akak amik gambar dekat incik google. 



Terkeliur dik oiitt akak dengan lobster ni.  Dengar cerita dari kengkawan yang pernah makan Luke Lobster ni. Diorang ada bukak francais di Malaysia jugak. Cuma tak pasti cawangannya di mana. So bila dah sampai di Shinsaibashi akak terlupa nak makan ni. Sampai di harajuku pun akak tak terfikir nak makan jugak. Rupa-rupanya Luke Lobsters ni ada cawangan juga di Omotesando Harajuku  ;-( Kesudahannya sampai di Malaysia baru teringat nak makan ni bila nampak kengkawan update status tengah makan Luke Lobsters.

Cehhh, angin betul.. Buat anak cacing akak kempunan je.. ;-( Huhuhu

So korang kalau nak ke sini. Please.. Siap-saip buat list dulu apa nak buat di Dontonbori ni supaya tak tercicir dari program yang di rancang.

Ohkey ler.. Makan sudah.. Berjalan pun sudah.

Kini Kak MB di pertengahan jalan di Shinsaibashi Arcade. Nak teruskan perjalanan di akhir Shinsaibashi ni akak dah tak larat dah nak berjalan dik oiitt..

Dari pagi kita di Fushimi Inari.. Lepas tu kita ke Arashiyama pula untuk tengok Bamboo Groove dan Togetsukyo Bridge. Seterusnya perjalanan di pasar Nishiki Market dan akhir sekali di Dontonbori ni.

Jadi kaki akak dah penat berjalan ni. Jom kita balik ke hostel semula di Bakpak Kyoto Hostel.

Entry seterusnya Goodbye Kyoto.. Welcome Tokyo by Shikanzen Nozomi...

No comments: