Pesanan Penaja ^_^

15 Nov 2019

PENGALAMAN BUKAK IMPLAN OH IMPLAN

Assalammuallaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca Blog Kak MB ni.

Dah makin jarang-jarang dah akak update cerita kan. Bukan sebab malas. Tapi dek masa akak terlalu sibuk dan padat dengan kerja hakiki dan bisnes dalam AirizSkinz ni. Buatkan akak berfikir sejuta kali untuk jadikan Blog ni hanya sebagai medium untuk akak share topik2 tentang percutian atau pengalaman penting-penting jer. tak kisah apa2 pun kalau akak fikir ia patut di kongsi bersama. Bukan kisah peribadi sangat ler.

Insya Allah. Akak usahakan juga untuk Share dengan korang walaupun info tu dah masam kena peram. Hahahaaha.


Korang ingat lagi tak kisah Implan Oh Implan yang pernah akak kongsikan dulu pada tahun 2016 & 2017. Kalau dah lupa. Boleh klik link bawah ni. :-)


Story ni dapat banyak komen dari pembaca. 

Tq guys. :-* Muahhhh

Dan hari tu akak dapat FB Messenger daripada one girl ni utk Interview akak di salah satu Stesen TV. Tapi akak tak percaya. Takut Scammer kan. Sebab tengok yang mesej tu tak rupa cam Wartawan pun. Profile pun letak gambar budak-budak dan tak ada ramai kawan dan gambar. 

So spacious..!

Now, akak baru teringat 3 tahun masa berlalu pakai Implan. Sangat cepat masa berjalan.

Kalau dulu time pakai Implan. Rilex jer..! Tak rasa sakit kan..! Chill..

Nak fikir tentang bukak Implan pun. Nanti-nanti ler baru fikir. Sebab lambat lagi masa berjalan nak ke 3tahun tu. Tapi tup tup tup pantasnya masa berlalu.

Tau-tau dah 3tahun rupanya pakai Implan. Adik Faiz pun dah besar weiii. This year dia dah 5tahun.

Wow... Akak makin tua beb..! Huhuhuhu.

Bila fikir tentang cara nak bukak Implan.. Gigil weii..!

Macam-macam pengalaman akak baca dan dengar. Siap Google tau pengalaman orang bukak Implan.

Memang time baca tu. Takut..! Korang Google ler sendiri yea.

Akak bukak Implan 27 Feb 2019 ari tu. 

Akak dah peram kisah ni 9bulan dik.. Opss..!

Tapi bila Kak MB sendiri laluinya. Time nak bukak Implan tu. 

Kak MB tanya gak doktor tu. Sakit ke tak? Melekat ke tak dekat kulit tangan tu? 
Kalau boleh time bukak tu. Akak nak mintak pengsan tau. Punya takut weii..!

Sebab sebelum turn akak masuk jumpa doktor tu. Ada ler beberapa patient yang lain berkerut-kerut muka after bukak Implan.

Tengok muka macam sakit jer... OMG..!!!

Terus terasa macam nak salahkan diri jer. Kenapa aku boleh decide nak pakai Implan ni dulu.

Now, bukan masa untuk fikir apa yang dah terjadi. 

Redho ajer akak ko masuk jumpa doc time tu.

Doktor suruh duduk. Siap pesan jangan takut. Dia macam tau-tau je akak tengah kecut perut ni. Siap dia cakap kita nak spray ubat bius ni.

Doktor tu veteran yea. Dalam usia 60an kot. Memang otai..

Sambil dia nak bukak Implan tu. Akak tak pandang pun apa dia buat dekat tangan kiri akak yang pasang Implan tu.

Akak toleh kanan je sambil borak-borak dengan doktor tu. Siap cerita anak dah besar. Doc tanya usia berapa. Memang rancang nak ada Baby ke?

Macam-macam wei akak ko ni bualkan dengan doktor tu. Dah nama pun Mira Bechok kan. Opkos cerita nya banyak. ^_^ Hehehe

Time doktor tu cungkil tempat jarum yang ditanam tu. Tak rasa sakit.

Tapi???? Hah.. Jeng jeng jeng
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Cuak kan??? Hahahahha

Time dia spray bius tak terasa.

Time dia masuk kan alat untuk cungkil tu. Pun tak terasa sakit.

Tapi time dia nak keluarkan jarum tu. Akak rasa ngilu sikit.

Siap tergerak tangan tu. Sambil Ouchhh..!! (terkejut)

Doktor tanya akak. Sakit ke?
Akak jawap tak sakit tapi ngilu.

So doktor pun bagitau. Saya nak keluarkan Implan ni. Saya picit sikit yea tempat Implan ni. Nak bagi Implan keluar. Tahan sakit sikit je...

Ohhhhh..!! Berderau darah beb..!!

Sakit ke kang ni???

Dengar doktor cakap sakit je.. Akak cuakkk beb..!

Akak pun kemam mulut ni. Macam tahan sakit sangat-sangat.

Padahal tak sakit pun. Masa dia nak bagi Implan tu keluar. Dia macam henjut sikit area kawasan Implan tu nak bagi keluar sikit Implan tu dan tarik keluar.

Tu jer...

Then dia tampal plaster..

Yeahhh..!!! I'm done bukak Implan..!!

Bubyeee Implan..!!! hahahahaha

After selesai semua proses bukak Implan tu.

Kak MB sempat ler tanya pada Doktor tu. Kenapa ada yang bukak Implan dia melekat. Bila bukak. Kena jahit sikit luka tu. 

Sebab apa yea terjadi gitu?

Rupanya doktor bagitau. Bila Implan pakai dalam masa 3tahun. Ada orang berat badan dia naik. Tangan jadi berisi. Sebab tu Implan ada terlekat sikit dekat daging dan kulit. Tapi kes gini jarang-jarang berlaku.

Kalau ada pun tak sampai masuk Dewan Bedah yea. Hahahahah. (Doktor buat lawak)

Diorang akan bagi bius lagi. Supaya patient tak sakit.

Bagi pendapat Kak MB Doc ni sangat bagus. Ia doktor dekat LPPKN Kajang ni. Sangat otai.. dan alert dengan perasaan patient dia. ^_^ Macam tau-tau je perasaan takut akak tadi. Kahkahkah.

Now.. I'm Freedom dari perasaan takut dan andaian yang Negative..

So next tunggu apa kesan selepas bukak Jarum Implan tu.

Adakah hormon akan stabil?

Tangan kebas-kebas?

Atau adakah akak akan mengandung?


Nanti akak akan cerita kan next entry yea.. :-)

Bye.. Assalammuallaikum dan Selamat Malam...

1 comment:

Anonymous said...

Sy lebam 2mgu kat tempat tanam implan. Pastuh memula yu dtg piyed berlebih2 ari. Dh kira istihadah dah pun. Drh belambak kluar, sengsara pakai pad sampai melecet2 tepi peha tu.

Makan byk pun bdk tk naik mgkin sbb heavy flow piyed tu. Tp lps dua bulan dia makin surut..

Setahun setengah tk dtg2 dah. Pastu dtg blk piyed n tak teratur. Hai penat jugak penangan implan ni.