Pesanan Penaja ^_^

15 Nov 2019

KESAN SELEPAS BUKAK IMPLAN OH IMPLAN

Hai guy's.

Hari ni akak sambung lagi cerita tentang pengalaman akak selepas bukak Implan pada Feb hari tu.

Akak bukak Implan pada 27 Feb.


Semasa dalam tempoh 3 tahun akak pakai Implan ni. Ramai yang tanya akak gemuk ke pakai implan ni? Period terganggu ke tidak? Hormon badan macam mana?

So far 3 tahun Kak MB pakai Implan ni. Badan akak tak ler gemuk. Tapi berat tu ada naik sedikit. Dari 49kg naik ke 53 kg...

Tapi berat tu bukan masalah bagi akak. Sebab faktor usia dan gaya pemakanan akak pun adalah faktor penyumbang kepada berat yang naik tu.

Masalah yang akak hadapi semasa pakai Implan adalah hormon dari segi period dan keadaan emosi akak yang tak stabil. Asik nak marah. Asik penat. Asik moody.

3 tahun pakai Implan period memang kacau. Biasa regular time period 25hari ke 28hari mesti period akan datang. Tapi semasa pakai Implan ni. Adakala 2bulan atau 3bulan akak tak datang period. Dan adakala dia period datang hampir 2x kali dalam sebulan tu.

Bila dah lama tak datang period berbulan-bulan. Sekali datang macam empangan pecah.

Bocor weiii..!

So agak merimaskan Kak MB dan waktu bulan puasa. Asik puasa hanya 10hari ke 14hari je yang dapat. Selebihnya cuti. Sebab period datang awal puasa dan penghujung puasa.

Bayangkan aku nak menganti puasa lepas tu?

Adakala bila darah kotor atau period tak datang. Menyebabkan akak mengalami bisul. Jerawat badan.

Tapi ni jarang-jarang berlaku. Sekali dua je berlaku.

Dari segi selera makan masa pakai Implan ni. Akak rasa biasa je.. Tak ada ler asik nak makan je. Sama je seperti sebelum pakai Implan.

Tapi selepas bukak Implan ni.

Tangan akak berasa sengal-sengal dibahagian luka Implan tu hingga ke pergelangan tangan.

Malam selepas bukak Implan tu. Di kawasan luka tu rasa berdenyut-denyut. dan urat area siku hingga ke pergelangan tangan tu macam bengkak dan bersimpul. nak luruskan tangan pun susah.

Akak siap mintak En Padil tolong urutkan dengan minyak urut. Still bengkak dan tangan tak boleh nak diluruskan.

Akak mengalami keadaan begini tangannya hampir 2 minggu. Lepas tu akak pi urut tangan dengan Mak Bidan. Baru boleh urut.

Tukang urut tu bagitau Implan ni pasang bawah kulit di pangkal lengan kita. So area situ banyak urat. Bila 3 tahun Implan ni pasang. Dia macam mengganggu sedikit.

Jadi lepas bukak Implan ni. Ni adalah kesan yang pertama akak lalui.

Next March akak tak datang period sampai bulan Mei dan time tu adalah bulan Ramadhan.

Akak ingatkan akak pregnant. But test pregnancy Negative.

Tapi time tak datang period ni. Akak rasa macam perut tu buncit macam mengandung dan macam ada benda yang bergerak-gerak dalam perut tu.

So time tu akak tak pergi jumpa doktor. Sampai ler period datang time bulan Mei tu bagaikan empangan pecah. 14hari full.. lepas tu berhenti period 5 hari sahaja.. Dan datang balik period sehingga 7hari.

Di ikuti period yang cikit-cikit 7hari sehingga ke 14hari.

Time ni akak memang tak selesa badan. Tak selesa perut.

So akak pun pergi jumpa doktor dan bertanya kenapa period akak macam ni dan kenapa akak rasa macam ada benda bergerak-gerak di bahagian perut belah kiri?

So doktor check melalui Scan Ultra Sound and then nampak macam ada something di dalam perut Kak MB.

Nampak macam Cyst. That's why period akak terganggu sedikit. dan Over Period bulan Mei ari tu.

So akak di refer dengan Pakar Gyna dekat Hospital Putrajaya.

Dan alhamdulillah. Masa appoiment dengan pakar pada hujung Jun tu. Doktor bagitau every woman dalam dunia ni memang ada Cyst. Bezanya Cyst dia aktif atau pun tidak pembesaran Cyst tu sendiri sahaja.

Maybe kes akak ni. Baru bukak Implan. So dia kacau hormon akak dan kacau period dan menyebabkan heavy period dan menyebabkan Cyst tu tengah aktif time scan ari tu.

So far alhamdulillah.. Tak ada apa2 yang berbahaya pun. :-)

After 5bulan bukak Implan.
Badan akak rasa macam penat sangat-sangat.

Rasa macam letih. Penat yang teramat sangat. Adakala pening. Mual.

Akak ingat akak pregnant. Tapi test pregnantcy still Negative.

Sampai satu tahap akak tak boleh buat kerja di opis. Mood rasa swing. Badan rasa seram sejuk. Macam nak demam. Tapi sebenarnya tak demam pun.

Check BP. Macam rendah sikit.

So akak refer ke Klinik Kesihatan Presint 14 sahaja pada awal Julai ari tu. So far semua ok.

Blood Test OK.

Tekanan Darah OK.

Test Jantung pun OK.

Gula dalam darah pun OK.

Tapi akak still rasa pening.. Badan rasa sakit-sakit.

Sampai akak kena buat satu TEST MINDA.

Dan RESULT dia adalah akak Hypertension.

Hypertension?????  (Krikkk krikk krikk)

Time tu akak terdiam.. Aku STRESS ke??? Stress pasal apa?? Kerja? Anakk?

Akak blurrr jap..!

Akak rasa akak bukan Stress pasal kerja tapi sedikit stress pasal anak yang time tu Fayadh mengalami tantrum yang tak nak ke sekolah hampir 4bulan.

Tu jer.. tapi tak kan sampai HYPERTENSION???

So bagi nak melegakan penyakit akak ni. Doktor sarankan akak rehat. Pi bercuti ke. Masuk hutan ke. Pergi Spa ke.. Bagi merelease kan tekanan akak ni.

Kalau boleh tempat bercuti tu jauh daripada bandar. Bunyi yang bising-bising.

Itu saranan doktor.

Jadi akak pun dapat MC dan rancang ler Instant Percutian akak hari tu ke Rumah Bonda Rozita di Batang Kali pada hari tu.

Kisah percutian akak ni. Nanti akak Share yea untuk Next Entry.

Now, balik sahaja daripada bercuti. Akak rasa sedikit lega. Happy.

Dan jalani kehidupan macam biasa.

Period mulai teratur. Kalau dulu time pakai Implan. Nak bersama dengan suami pun rasa macam tak ada mood. Kering tang Tuuuttt tu. Badan rasa panas jer.

Now everything back to normal.

Sampai ler ke bulan Ogos. Akak tunggu period akak.

Tunggu punya tunggu macam LEWAT jer ni.. hah???

So akak pun beli ler Clear Blue Pregantcy Test ni. Akak beli yang mahal dan murah sekali.

Sebab sebelum ni pakai test yang besher-besher asik Negative je kan.

Nah, amik kawww...


Test kit yang akak buat pada 08 Ogos 2019 (5 weeks)


Positive weiii... Hahaahhaha

Patut ler badan akak rasa penat. Pening. Stress. Sampai doktor bagi tau akak Stress dan Hypertension.

Rupanya aku nak mengandung. Hahahahahah. Kandungan dah 5 minggu.

Happy nya time ni mendengar khabar berita ni.

Alhamdulillah... Faiz pun dah 5 tahun dan si abg pun dah 7 tahun.

Kira ok sangat ler kan. Nak ada orang baru pulak.

Pregnant after 6 bulan bukak Implan.

Dan nikmati ler akak saat-saat paling worst sekali dalam awal kehamilan iaitu Morning Sickness yang teruk.

Rasa mual tapi tak muntah. Badan penat-penat. Malas nak masak. Malas nak kerja. Asik nak tido je.

So far kehamilan kali ni nampak ok sikit dari 2 kehamilan yang sebelum ni. Kali ni still boleh bekerja walaupun badan rasa penat dan asik nak makan je. Muntah tiada walaupun mual ada.

2bulan pregnant berat naik 5kg. 3 bulan pregnant.. Berat naik 7 kg.

So 7weeks kandungan.. Akak check.. Kandungan baby masih 6 weeks.

9 weeks kandungan pun check scan baby masih 6 weeks.

Doktor cakap maybe kesilapan period. Ok boleh datang masa 12weeks nanti.

Tapi time ni hattii rasa macam tak sedap. Rasa macam risau.

Kandungan ni betul ke tidak? ok ke tak ni?

Akak rasa macam berat badan je naik dengan jayanya. Tapi kandungan macam tak membesar.

So akak google ada tak kes-kes sama macam akak hadapi sekarang.

Yup.. Memang ada.

Terus zazzzzzz..! Sentap dada ni membaca nya..!
Risau nak tunggu 12 week nanti. Nak scan untuk kali ke-3.

Tapi Encik Padil dan kawan-kawan opis still bagi kata-kata semangat so far mesti ok.

Think of positive sahaja.

Seperti yang di tunggu untuk 12 weeks.. Lagi 3hari nak scan.

Akak macam bleeding. Spot blood. macam nak awal period tu.

Sikit je. Just pakai pantyliner sahaja.
Sampai hari ke-2 still bleeding. Dan akak jumpa doctor.

Check baby melalui scan. Nampak baby still 6 weeks. Dan kantung macam meleper sedikit. Seolah-olah janin macam tak membesar dengan baik.

Doktor cakap macam nak keguguran. Tapi saya bukan tuhan. Yang nak tentukan apa akan jadi. Awak boleh makan ubat kuat kan rahim. Kita tengok macam mana next week yea.

OMG..!!!

Zazzzzz..!!!! Rasa macam tak percaya..! Harapan macam bruppp..! Tiada harapan.!

Akak sedih.. Down.. Sebab akak memang berharap nak baby girl. Anak pun sama. Tak sabar nak ada baby..

So akak pun balik kerumah. dan makan ubat. rehat.

Esoknya darah mulai berketul dan rasa sakit macam nak period. Sakit macam sengugut tu rasa sakitnya.

Yup, betul kata doktor.. Akak keguguran...

Akak mohon maaf dulu. Buat masa ni akak tak nak cerita macam mana saat-saat keguguran tu berlaku. Next entry nanti akak akan share. Sebab akak still rasa sedih. Kalau boleh tak nak ingat seketika kisah keguguran ni.

Bila akak keguguran dan akak refer hospital.

Akak bertanya pada doktor tu.

Kenapa janin akak tak membesar dengan baik?

Rupanya ia adalah salah satu kesan bila kita pakai perancang keluarga.

Tak kisah apa pun perancang keluarga sama ada pil, implan, IUCD ke. Perancang keluarga ni akan mengacau hormon wanita. Ia menganggu kitaran haid kita. Bila haid wanita tak menentu. Tu petanda wanita itu dalam keadaan hormon yang tak stabil dan kurang kesuburan. Kadar percent untuk mengandung itu agak tipis percent nya.

Sebab tu kita pakai perancang keluarga sebab nak elakkan mengandung. Tapi ramai wanita tak tahu. Bila pakai peranacang keluarga. Dia nak period dia teratur.

So apa motif pakai peracang keluarga kalau nak haid teratur?? Bila haid datang. Tu tanda anda subur selepas itu.

Nampak tak Kak MB ko menulis macam Doktor Pakar sangat. Hahahahahah.

Ni bukan Rancangan Doktor Ilmelda tau. huhuhu. Kak MB bukan pakar dalam hal ni. Akak just share pengalaman dan apa yang akak tahu sahaja.

Time akak berjumpa doktor KPMC untuk scan kali ke-3. Doktor bagitau hormon akak time tu belum stabil sangat lagi.

That's why sebelum tu akak ada cyst, period kejap datang kejap tidak. Heavy period.

Badan akak masih dalam proses untuk back to normal hormonnya.

Tapi doktor Hospital Putrajaya bagitau dan terangkan kenapa akak keguguran.

Ini adalah jawapannya.

Bila berlaku persenyawan antara Ovum dan Sperma lelaki dalam keadaan hormon yang tak stabil. Dan waktu itu pulak kita baru sahaja bukak Implan. Hormon masih dalam proses nak ke arah stabil.

Tu yang menyebabkan persenyawaan Ovum dan Sperma kalau berjaya disenyawakan. Ia akan menjadi persenyawaan yang kurang kualitinya. dan kemungkinan janin yang bakal membesar akan kurang Kromosom nya.

Normal kromoson seorang manusia adalah mempunyai 23 kromosom yea. Bila janin/ bayi yang kurang kromosom nya ketika awal kehamilan. Itu yang menyebabkan keguguran apabila janin tidak membesar dengan baik.

tapi bila janin/ bayi kurang daripada 23 kromosom tapi ia berjaya membesar dengan baik sehingga 25week ke atas. Kemungkinan janin/ bayi itu akan mengalami kecacatan apabila ia dilahirkan.

Ini kata-kata doktor dari Hospital yang akak pergi hari tu yea.

Akak bukan menulis ikut sedap rasa. Akak share apa yang akak tahu.

Kalau fakta ni salah. Please komen dan bagitau akak yea.

Kak MB bukan pakar. Bukan doktor.. Akak just share apa yang akak tahu sahaja. Chill ok..!

Sekarang dah bulan Nov.. dah 2bulan dah masa berlalu selepas akak keguguran ari tu.

Dan alhamdulillah. Every month period akak semakin teratur.

Emosi marah atau badan yang kejap panas kejap sejuk yang sebelum ni akak alami. telah back to normal kembali.

Fayadh pun ok dah ke sekolah.

Semua OK dah. CUma untuk next planning nak dapat baby lagi.

Encik Padil nak Kak MB rehat dulu badan tu. Bagi semua ok dan bersedia nak baby. Baru planning balik.

Korang doakan akak yea.

Dan berakhir lah kisah pengalaman Implan Oh Implan yang akak lalui sepanjang 3 tahun ini.

Story yang bersambung tentang Implan :


Bye. Wassalam

14 comments:

Anny said...

Sama mcm kes saya dlu. Bukak implan lepas sekali perios terus lekat. Tp janin x mmbesar 11 weeks xda progress. Buat dnc. Lepas dnc lekat lagi. Now baru buka implan kali ke 2. 1st period ok, now lewat dah beberapa hari. Takut lekat jd mcm dlu.

Reena said...

So implan bole pkai ke tak bg akk?

Reena said...

So implan bole pkai ke kak? Atau tak??

Reena said...

So implan bole pkai ke kak? Atau tak??

Unknown said...

Thank you sharing. Maksud nya, lps buka implan, jgn pregnant terus, mesti hati2. Lps hormon back to normal n bdn sda cukup sihat, baru planning utk ada baby lg. Kan?

Anonymous said...

Saya pun tengah pakai implanon tu yang bimbang sikit.. Harapnya takde masalahlah nanti.. Dan untuk kak Mb semoga akak dimurahkan rezeki.. InsyaAllah akan ada rezekinya nanti

Anonymous said...

Hoo better jarakkan dlu antara tempoh bukak implan dan pregnant.. sy pun pakai implan, doktor ckp aritu kalao arini kita bukak implan, esok dah subur terus boleh pregnant. Cam ok n smooth je bunyi nye... Rupenya tak semudah tu ek

Anonymous said...

Sy pon tgh pkai implan bulan 8 bulan 11 dh xdtg2 period. Dh 6 bulan xperiod. Normal ke? 😩

Anonymous said...

Normal tu.. Sy 8-9 bulan x dtg bulan.. Lepas dr tu dtg pun bukan fresh blood.. Tompok2 yg sedikit jek.. Smpai la da bukak 3 tahun lbh still x kluar darah fresh.. Bru 2 mnggu bukak implan. Smnggu lbh sakit kepala yg teruk. Xleh buat keje lngsung.. Mudah pitam.. Mkn ubat plg kuat pun xleh jgak.. Nk tumbang.. Last2 refer klinik kesihatan kena mkn ubat darah tggi..

Anonymous said...

Saya pun guna implan dh nk masuk 2 tahun...tapi berat badan ni naik mendadak sgt...bila fikir2 nk buka implan skrg ni..sebab ada juga kesan sampingan yang saya rasa..tapi xtahu sama ada itu kesan implan ni ke..pernah juga sesak nafas dan badan berpeluh2..sampai nak pengsan..dan tak boleh cakap...sehari tu saya hanya baring je..bila fikir dan baca kesan sampingan dari pengalaman2 sahabat2 yg dh pakai..saya terfikir nk buka plak..

Anonymous said...

Sy pakai implan 6 tahun. 2 kali pakai. 2016-2019 & 2019-2022.

Baru je buka implan 18/8/2022. Sebulan lepas tu terus lekat, tapi pregnant 11w ada bleeding 25/12/22. Pergi scan doc bgitau kandungan tak menjadi. Sedih sgt.😭

Anonymous said...

sya baru bukak implan masa 2 tahun 4 bulan sebab menikah laen suami baru nak anak sya bukak 19/12 lpas tu datang period 22/12 hbih period 27/12 then smpai skrng 4/2 sya x dtng period sya lekat ke sya risau kandungn x mnjdi🥲

Anonymous said...

Sye pun bru pkai 1tahun 6bulan.. period mmg ganggu .. mmg bnyk gilee.. dan dh bincng dgn suami nk buang implant ni .. saye hrap lpas bkk implant ni suami pun boleh kerjasama dgn sye..

Anonymous said...

Saya sekarang sebulan lebih sudah pakai implant ke-3. Pengalaman saya.
2017 Implant ke-1:
Sejak pasang, tidak pernah datang haid selama setahun setengah. Adalah sekali dua kerak2 sidekick shj. Selepas setahun setengah dtg haid berjarak 2, 3 bln. Banyak keluar.
2020 Implant 2:
Setahun pertama tidak dtg haid. Dua tahun last haid agak kerap tapi sekejap dlm sehari dua. Sedikit shj keluar. Kerak2 mcm itulah.
2023 implant 3:
Sejak pasang, sangat kerap haid. 3 hari jer bersih datang lagi haid. keluar agak banyak. Kadang2 badan ada juga rasa seram sejuk. Saya pantau dulu kesihatan saya. Setakat ini ok.sihat. Thank God