Pesanan Penaja ^_^

3 Jan 2017

Adakah Implan menyebabkan kegemukan?

Hello.

Hai

Happy New Year..!!!!

Welcome 2017. Alhamdulillah masih terus diberikan nafas untuk terus berbakti kepada insan-insan yang memerlukan serta diberi kesihatan yang baik dan kemurahan rezeki yang halal. Semoga apa yang Kak MB kecapi hari ini ia diberkati oleh Yang Maha Esa.

Syukur juga kepada pembaca-pembaca blog Mira Bechok yang terus menyokong Kak MB walaupun jarang-jarang update cerita. Almaklum ler blog ni hanya sekadar diari kehidupan Kak MB. Adakala akak singgah seketika update cerita tapi kadang-kadang dek kesibukan melanda. Berminggu-minggu cerita di peram tak di publish langsung. Maaf yea u'olls...

Ok. Sapa pernah baca pasal implan yang Kak MB cerita kan dulu??

Cepat angkat tangan....

Ermmm, lupa ler tuewww..

Sapa dah lupa tu boleh klik sini Implan Oh Implan.

Setahun dah tau Kak MB bersama si dia ni. Syukur juga kepada pembaca setia Kak MB yang sudi text messenger malam New Year ari tu. Walaupun dah terlelap. Akak still jawap. Walaupun akhirnya Kak MB taip lepas tu tak send2. Rupanya Kak MB dah tertido. Hikhikhik

Maafkan akak yea adik Wid.... Akak tido sudahh.


Sebenarnya hari ni akak nak kongsikan sedikit pengalaman akak bersama Implan selama setahun ni. Ramai kaum wanita diluar sana takut memakai Implan kerana takut gemuk atau berat badan naik atau takut sakit memakainya. Jadi meh ler akak jawap serba sedikit soalan-soalan yang selalu di ajukan kepada Kak MB berkaitan Implan ni.

S : Bagaimanakah cara pemakaian Implan ni? Sakit atau tidak sakit?
J :  Ada orang cakap pemakaian Implan ni sakit tapi pengalaman akak ia tidak menyakitkan sebab sebelum Implan dimasukkan di bawah pergelangan lengan kita akan dibius terlebih dahulu. So memang tak sakit. Tau-tau dah siap je. Lagipun Implan dimasukkan hanya dibawah kulit di bawah pergelangan lengan.

Selepas berbulan pakai tak ada ler rasa sakit sangat pun kecuali ada yang menekan di kawasan tempat memakai Implan tu. Macam akak da rasa nyut-nyut manja je bila anak akak tido di pergelangan lengan tu atau pun heavy dukung dia ke... Tapi tak ler sesakit mana pun. Biasa-biasa saje yea bukkk.

S : Adakah pemakaian Implan ni menyebabkan kegemukan?
J :  Sebenarnya kegemukan ini depends on your body and metabolism serta faktor usia juga. Ada orang metabolisme nya tinggi makan banyak ke sedikit ke still nampak kurus sebab pembakaran lemaknya cepat.  Kalau orang yang metabolisme nya rendah makan sikit pun mencanak-canak beratnya naik. Tu petanda metabolismenya rendah dan pembakaran lemaknya lambat.

Ada orag keturunannya kurus-kurus belaka. Pakai Implan atau tidak maintain slim. Tu yang jeles kan. Usia yang makin meningkat pun menyumbang kepada metabolisme menjadi rendah. So selama setahun akak memakainya. Alhamdulillah akak masih maintain kurus yea adik-adik semua. Tapi kurus tak bermakna berat maintain. Walaupun kurus jangan tak percaya berat akak 52kg dik oitt. Naik 4kg dari zaman anak dara. Pernah juga akak nak dapatkan berat 48kg. Itu pun masa bulan puasa lepas. Sekali ramai plak yang menegur akak sakit ke. Sebab nampak terlalu cengkung terutama tang pipi hingga menampakkn akak macam orang sakit. Jadi bagi akak kurus tu tak semestinya cantik dan gemuk itu tak semestinya buruk. Adakala gemuk itu juga cantik dan owesome.. Kesudahnya akak kasi maintain 52kg je.. Bia nampak berisi cikit. Sedap pegang kan.. Hihihi



Yeahh I'm mama anak 2orang yea.. Yang sebelah tu my mom anak 3orang tapi berat i 52kg. My mom berat 42kg.. Wowww... . Pinggang 24'. Apa rahsianya tu? Nanti i korek rahsia ekkk

S : Adakah memakai Implan ini menyebakan selera makan bertambah dan menyebabkan berat badan meningkat?
J : Yup memang selera makan bertambah. Akak memang jenis pemakan tau. Akak tak pernah berdiet. Tapi selepas pakai Implan ni selera makan kemain menjadi-jadi lagi. Sampaikan satu tahap kengkawan duk bertanya akak bela saka ke apa ni. Makan kemain banyak lagi. Tapi sebenarnya kena tau juga yang akak ni menyusukan anak. Selepas mengepam atau menyusukan anak, akak akan menjadi cepat lapar. So biskut tu wajib ada dalam handbag sebabnya kalau akak berlapar nanti kena gastrik.

Tapi selepas 2bulan akak fully stop breastfeed my baby. Alhamdulillah selera makan akak back to normal. Adakalanya juga akak asik nak makan je. Tapi tak selalu ler. Tu pun akak control. Just makan macam biasa wajib breakfast, lunch and dinner. Tak ada nak skip makan pun. Kalau lapar lagi selepas lunch atau dinner tu. Akak akan perbanyakkan minum air suam atau juice. Kalau betul-betul lapar sangat cukup ler sekadar makan biskut atau roti. Tak perlu nak di ikutkan sangat nafsu selera nak makan je. Semua tu atas kita juga. Tak boleh nak dipersalahkan 100% Implan menyumbang kepada kegemukan. Banyak faktor lain yang menyebabkan kita gemuk sebenarnya yea. Kurang bersenam pun salah satu penyebab kegemukan juga.

S : Adakah pemakaian Implan ini akan mengganggu sistem hormon dan kitaran haid wanita?
J :  Ni soalan familiar selalu di tanya. Of course ia menggangu sistem hormon dan kitaran haid kita. Kalau korang nak tau akak hampir 3tahun tak datang haid. 9bulan masa mengandung, selepas bersalin pun anak usia setahun pun still tak period. Selepas anak usia setahun tu pun hanya sebulan aje haid datang sikit-sikit je. Malu-malu nak datang. Bila pkai implan langsung stop haid.

Sampaikan Kak MB berjumpa pakar wanita ler mintak ubat turun darah sebab rasa tak selesa bila dah lama sangat tak datang bulan. Perut rasa macam buncit semacam je. Tapi doktor melarang akak amik apa-apa ubat utk bagi haid back to normal. No. Kata doktor memakai implan ni memang dia akan kacau kitaran haid kita kerana bila haid ada itu tandanya kita subur. Bila kita nak merancang keluarga. Implan ni berfungsi mengkacau bilau kan hormon dan kitaran haid. So kalau akak amik pil yang nak aturkan haid. Apa gunanya pakai Implan? Nanti implan ni confius. So ini adalah kesan kecil sahaja. Don't worry about this.

Selepas setahun akak memakai Implan baru akak datang haid dengan banyaknya. Rasa nak pitam akak dibuatnya. Bukan kerana senggugut tau tapi kerana badan akak terasa lenguh sangat tapi dek kerana tuntutan kerja jadi akak memaksa body ni bekerja ler juga. Tu yang rasa tak larat sangat dibuatnya.

S : Tak ada effect ke kalau haid tak datang lama?
J :  Of course ler ada effect. Kak MB lama dah tak datang haid. So effectnya bila darah kotor tak keluar akak kena bisul, perut buncit dan yang ketara jerawat pun timbul. Tapi selepas amalkan Vita C dan Vita E alhamdulillah jerawat bernanah tak ada. Tapi jerawat berpasir still ada.


S : Adakah pemakaian Implan ini akan mengganggu emosi wanita?
J : Emosi ni lebih kepada marah kot. Macam Kak MB memang cepat marah dan cepat cool tapi bukan jenis panas baran. Tak pakai implan pun emosi tu sama je. Tapi selepas memakai Implan ni belum pernah lagi ler akak marah atau moody tak ada penyebabnya. Semua ok. Cuma badan kita ni akan kerap rasa panas dan tak selesa ler. Duk dalam aircond pun masih rasa panas. So caranya banyak-banyak ler minum air suam. Kalau kurang nanti kulit rasa kering. Nanti masalah kulit pula yang timbul.

S : Adakah pemakaian Implan ini akan mengganggu rutin bersama suami?
J : Jeng jeng jeng.. Soalan ni sensitif sikit. Kang korang kata akak melucah plak dekat sini kan.. Hahahhaha. Sebenarnya ini lebih kepada gangguan kepada hormon si pemakai. Kalau ditanya pengalaman akak mengenai ini. Adalah sikit2 ia menganggu juga. Akak rasa macam tak ada mood aje. Tapi ia bukan penyumbang 100% tau. Sebab akak ni orang bekerjaya. Siang di pejabat. Malam buzy menguruskan rumah tangga dan bisnes pula. Tengah malam adalah waktu untuk akak recover penat lelah di siang hari untuk menghadap rutin keesokkannya pula. Jadi bila tengah malam nak rest ada lagi tanggungjawab seorang isteri pada suami pula. So hubungan bersama perlukan perbincangan ler agar tak ada salah faham di pihak yang lagi satu (suami).

Kalau hujung minggu tu masih lagi tak ada mood bersama. Hah tu kena ler cari alternatif lain supaya si suami tidak terasa di abaikan. Cuba cari suasana bersama tu dengan cara lain dari kebiasaan. Holiday ke buat ativiti bersama-sama ke ataupun macam akak mengamalkan pengambilan Vitamin E dari Shaklee. Katanya Vita E ni vitamin Cinta ia merawat masalah keintiman. Alhamdulillah. Ada feedback positif juga. Vita E ni ada juga khasiat yang lain terutama kulit ler. So jangan bimbang. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Khasiat Vita E (sila klik)

S : Sakit tak bila nak cabut semula Implan ni dari badan kita selepas 3tahun pemakaiannya?
J : Maaf yea semua. Ini adalah kali pertama Kak MB pakai. Ada lagi 2tahun pemakaiannya sebelum di buka. Jadi akak tak ada pengalaman lagi mencabut Implan ni. Akan datang Insya-Allah. Akak akan review mengenainya pula yea.

Jadi sampai di sini aje ler yea sedikit perkongsian akak kpd korang-korang mengenai implan ni. Mana-mana yang pernah pakai implan yang nak kongsi pengalaman. Boleh ler tinggalkan jejak korang juga di ruangan komen. Kalau ada salah silap jawapan yang akak bagi tu. Boleh juga korang perbetulkan.

Wassalam... ^_^

3 comments:

YieN said...

Kite pakai iucd, tp setahun je aritu.. Badan tak naik, tp time period tu menderita sikit sbb sampai 12hari gitu siap pakej sakit pinggang yg over :'(

mira zara said...

Kak yien pakai iucd period setiap bulan datang ke atau setahun tak datang sekali datang sakit pinggang? Kalau setahun tak datang period kalau sekali datang to normal tau.. sebaba darah kotor banyak bertakung dah.. sekali keluar makan hari gak nak berhenti yea. Macam saya ni nak dekat 8ari macam ayaq kluar lagi. tapi mesti makan ler apa2 makanan tambah darah. sat gi pucat plak

Admin JMSK said...

assalamualaikum, just nk share pengalaman sy pki implan. sy mula pki pd tahun 2011. period mmg jd xteratur dan berat badan naik smp 20kg walaupun mkn xbyk. selepas dh cukop tempoh 3 thn utk buang implan tsebut, agak mengecewakan implan tu xdapat dikeluarkan. ia missing dr tempat asal ianya ditanam.siap buat ct scan utk cari dimana kedudukannya. hasil dr ct scan doktor kata implan tsebut berada diantara otot2 lengan sy... maksudnya ia dh teralih ke dlm. jd doktor saranankn buat operation.. dlm thn yg sama juga 2014 tu, tpaksalah buat operation tu tapi hasilnya tetap mengecewakan.rasa down sgt.. walaupun ikot kiraan implan tu dh expired, tapi sy rasa ia masih aktif lagi smp sekarang (2017). period x teratur.. berat bdn mningkat... walaupom sy bdiet ia tetap sukar nk turun. tahun ni, doktor suggest utk second operation, rasa takut nak kena hadap lagi. moga kali ni jumpalah implan tu. :(