Pesanan Penaja ^_^

9 Jan 2017

Ikan Bakar Parameswara di Umbai Melaka

Hello.

Buat apa tuew???

Sekarang musim hujan mak jemah oittt. Mana-mana Kak MB pergi cuaca mesti mendung dan hujan.

So bila cuaca dah sejuk-sejuk ni mula ler anak cacing dalam perut ni mengelupur mintak makanan. Mula ler terbayang kan ikan bakar, ketam bakar, steamboot ke.. Tak pun seoul garden ke..

Wah, sodap lak aiii makan makanan bakar di bakar terbakar ni kan?

Memandang kan dah last day tahun 2016 dh semingu yang lalu. Anak-anak pun mama tak sempat nak bawak berjalan lagi. Jadi dah terlanjur balik kampung jumpa atuk dan uwan di Senawang.

Tanya ler pada mak dan abah (uwan & atuk fayadh) ada planning tak nak berjalan ke mana-mana cuti ni. Duk umah boring aje. Kalau tanya driver (Incik Padil) selalu je cakap ok je. Cuma time-time public holiday ni jalan selalu je sesak dengan kereta so kena bersabar cikit ler yea duk dalam keta lama-lama.

Tiba-tiba mak cakap "along, mak teringin ler nak makan ikan bakar dekat Melaka tu."

Bila dengar je mak nak makan ikan bakar. Terus terbayangkan ikan bakar Umbai. Dah lama mak ajak ke sana tapi masih belum ada kesempatan nak bawa mak. Bila tengok jam. Baru pukul 2 petang ni. Kalau shoot Melaka time ni pun ok gak kan. Done. Masih sempat lagi merasa ikan bakar Parameswara ni.


Ermmm macam berjanji pulak selera mak dengan cacing dalam perut ni yea. Pakat sama ngidam nak makan ikan bakar rupanya.

So anak-anak jom pakat bersiap cepat. Kita nak ke Melakau ni. Sementara menunggu si anak dan si atuk uwan bersiap. Kak MB pun call dulu Restoran Ikan Bakar Parameswara Umbai ni 012-6913501 atau 06-2616106 untuk reservation.

Tapi sayangnya reservation untuk hari tersebut telah fully booking. Kalau Kak MB nak walk-in boleh datang sebelum pukul 7 malam yea. Jadi kengkawan mana yang nak datang ke ikan bakar yang femes lagi meletopss ni boleh call dulu tuan kedai untuk buat reservation dulu. Kang penat je datang dari jauh tertiba full tak boleh masuk plak.

Bab kesedapannya. Korang jangan risau. Makanannya memang sedap hingga menjilat sudu. Harga pun memang berpatutan. Nanti Kak MB bagitau totally semua yang akak makan yea.

Bila dengar je full booking so kita mesti sampai Umbai pada pukul 6petang. Jadi dari Senawang N9 of course kena bertolak pukul 4 ptg ler guys.. Apa lagi berlumuihh ler akak menyiapkan 2hero tu agar tepat masa sampai di sana nanti.
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X

Dengan ujan yang agak lebat di highway PLUS dan renyai-renyai di sepanjang jalan menuju ke Umbai Melaka. Syukur. Alhamdulillah. Pukul 6.15 ptg akhirnya sampai jua kita ke destinasi yang di tuju dengan selamatnya. Syukur Ya Allah.

So dengan tak berlengah lagi Incik Padil drop je mak dan abah bersama si Fayadh untuk pilih tempat duduk dulu. Almaklum ler time ni parking pun hampir penuh di tambah dengan hujan lagi. Jadi bia mak pi cop tempat duduk sementara akak dan Incik Padil pi parking keta sat.



Syukur sekali lagi. Akhirnya mak dapat juga tempat duduk makan yang viewnya cantik menghadap laut. Sambil-sambil makan boleh layan sunset kan... hehehe Konon-konon feeling romantik ler tu. Padahal hujan woittt mana ada sunset. Puikkkk... :p

Nak amik gambar signboard Ikan Bakar Parameswara pun tak dapek. Hujan punya lebat.


So kita amik je ler gambar cik nyeet ni yea. Hello nyettt.. Kenapa main hujan? Tak takut demam ke nanti....

Ok ler. Perut dah menyanyi lagu keroncong untuk ana dah dari tadi ni. krikk kriukk krikkk

Wah, macam orang mengantuk di sorongkan bantal. Belum sempat Kak MB duduk lagi  Datang seorang acik ni bawak buah-buahan dengan rojak buah. Macam tau-tau plak dier ni akak tengah lapar. Katanya pencuci mulut kak. Tapi dia ni lain partner. Ambik buah-buahan dia kena bayar terus. So akak ambik je sepinggan buah dan sepinggan rojak. Total RM 10. Kira sepinggan tu RM 5 ler harganya.


Nampak macam sedap.


Seronoknya Fayadh bila dilayan dek atuknya. Kemain manja lagi ko yea dengan atuk. Mengada.


Sementara si atuk layan si Fayadh dan si adik di layan oleh papa.

Jom mak kita pi pilih ikan ke ketam ke sotong ke untuk bakaq ari ni.



Hah cer tengok harga ikan, sotong, udang bagai tu. Murah tak? Kalau Kak MB yang duk area bandar ni memang rasa murah dah ni harga seafood di sini.

Kalau sayur tu plak nampak je harga RM 9 tapi kuantiti dia banyak yea. Cukup untuk sekeluarga makan.

Cer tengok plak wajah minah tu. Sampai buntang mata dek ghairah tengok harga ikan ler tuewww.. Hikhikhik.

Ko buntang mata sebab tengok harga ikan ke atau ko ralit sangat menikmati aiskrim dalam kesejukan ujan ni? Sampai tak perasan gambar di snap.. Huhuhuu


Wah geramnya tengok sontong gabakkk besar ni. Nak pilih pun takut sebab besar sangat kan. Time ni dia baru nak letak sotong yang baru. Lagi fresh dari yang ni. Bila dah nampak yang fresh-fresh. Ghairah sekejap sampai lupa nak amik pic.

Kalau ikut nafsu yang mengila ni maun Kak MB kasi pulun ambik ketam, sotong, kerang, pepahat gak ni. Tapi memandangkan ada sedikittt je lagi ni iman di dada duk kata sabaq mira.. Sabaq.. Bawakk bertenang duk pilih ikan tu. Jangan duk ikut kata hati. Sat gi mati kang... Mati nak bayar.. Hihihiih.

Jadi pilih ler ikut mana done nak makan bukan hawa nafsu.

Tu banyak ikan jenahak ada.. Ikan siakap ada.. Ikan kerapu ada... Pilih jangan tak pilih kak non oittt...



Memandang kan si cinta hati Kak MB iaitu merangkap Incik driver ari ni memang tak makan ikan. Fobia katanya dengan tulang. So kita amik ikan tak ada tulang iaitu ikan pari. Buat bakaq.. Ingatkan ikan pari ni boleh di potong nak part isi je.. Sekali amik kawww.. Dia bagi sekoq terus. Kira harga dia 100g RM 2.80 je.. Sekor harga pari yang sedang-sedang ada ler 1kg kot dalam harga RM 25 aje..

Murah sungguhhh kan..

Kalau bab udang plak tang ni memang geram sioot. Besa gi pasar tengok udang harimau yang kaler biru tu kan. Yang ni udang laut tau. Kaler nya merah pink-pink. Udang ni kalau area Pasar Borong Selangor harga dia RM 80/kg. Tapi dekat sini RM66 je sekilo. Fresh lagi. Kak MB ambik 15-16 ketui je. Cukup ler. Itu pun masak butter penuh sepinggan. Tok sah membaziq..

Kalau tang sotong pula. Tak main ler jual sotong kecik-kecik macam nak pecah perut dah sotong tu. Sini sotong dia besar sampai separuh nak ke pangkal lengan tau. Nak makan pun takut. Jadi akak pilih yang sedang-sedang sahaja. Cukup ler amik 3 ekor je. Moh kita masak sotong goreng berempah..

Korang jangan lupa kalau dah nama pun Melaka WAJIB rasa masakan asam pedas diorang. Memang kaw beb..!! Terbaik..! Rasanya cukup terasa semuanya. Aiyoyo meleleh air liur ni bila terbayangkn kesedapan asam pedas orang Melaka ni. So kalau tadi ikan pari dah dibuat bakar. Jadi kali ni mak pilih ikan cencaru plak untuk di masak asam podehhh..!!!


Sekali mata Kak MB ternampak plak ketam. Wah sedapnya ketam masak blackpapper kan..Terkeliur weiii air liur ni... Baru aje akak nak pilih ketam sekali di cantas dek mak. Tak perlu ler banyak-banyak sangat nak makan. Nanti tak abih..

Ermm betul gak yea kata mak ni.. Kalau membeli ketika perut lapar memang macam ni. Semua benda nampak sedap. Kang dah sampai tak lalu pulak nak makan. Dah membazir.

Kesudahnya Kak MB tambah sayur goreng je. Jadi pilihan mak nak brokoli goreng. So cukup ler sepinggan je di tambah sambal belacan dan ulam-ulaman.


Korang pun jangan lupa.. Heboh duk pilih ikan bagai sampai terlupa nak ambik bakul dulu. Kalau boleh jangan potong que yea. Mula-mula sampai tu decide dulu makanan apa kita nak makan. Lepas tu baru pi ambik bakul dan pilih ler nak udang ke sotong ke ikan ke tapi kalau korang nak kerang atau pepahat boleh request di kaunter penimbang blah hujung tu nanti.

Lepas tu decide nak masak cara apa. Bakar ke rebus ke asam pedas ke dan macam-macam pilihan masakan boleh kita pilih. Cer tengak papan kaunter atas tu tadi yea.

Kalau semua keputusan dah dibuat. Dah puas memilih korang boleh terus ke kaunter penimbang dia timbang siap-siap dan bagi satu kertas oder nanti. Nak bayar bawak kertas tu ke kaunter bayaran yea. Apa-apa pun makan dulu baru bayar.

Jadi semua dah oder. Jom balik tempat duduk dan nasi akak mintak untuk 6 orang makan beserta nasi lemak 2 bungkus untuk si fayadh. Si adik makan apa yang mama suapkan nanti yea. Air semua minuman panas. Sebab cuaca sejuk ni. Hujan kan..

Sambil menunggu semua makanan sampai. Jom kita bergambar dan menikmati pemandangan yang indah ni. Walaupun sunset tak kelihatan. Tapi view dalam ujan pun cantik.






Kalau nak makan dalam boat pun ada disediakan. Cuma tempat duduk dia limited.

Sila booking yea.


Hah, time ni pun orang makin ramai datang ni. Sementara menunggu makanan yang lain sampai. Jom kita try otak-otak ni dulu. Harga pun tak mahal 80sen je satu. Kalau di Kajang ni otak-otak dah seringgit dah harganya. Rasanya pun sedap juga otak-otak ni di makan panas-panas kala musim sejuk..


Jeng jeng jeng.. Makanan sudah sampai.

Tu dia udang 15ketul penuh satu pinggan. Satu keluarga boleh makan ni. Berbaloi sangat makan dekat sini. Harga korang jangan tanya. Yang penting rasanya sedap. Mahal sikit tak apa. Jangan mahal tapi tak sedap. Memang takat ni je ler kita sampai sini kan.

Harga udang goreng butter RM 27 untuk sepinggan tu. Mahal ke idok???


Sotong goreng berempah. Marvellousssss...!!! Sotong 3ketul sederhana je tu dalam 900g. Harga RM43.20 untuk 6orang makan.



Ikan pari bakaq ni ada pilihan yea sama ada nak bakaq dengan sambal atasnya atau bakar kosong je macam dalam gambar tu. Memandangkan sotong dan ikan cencaru dah masak pedas. Jadi akak amik yang kosong je. Anak-anak boleh makan ikan ni. Tak ada tulang.


Yang ni ikan cencaru asam pedas meletoppsss..!!! Sumpah beb..! Rugi kalau tak try. Memang sedap. Harganya untuk 2ekor ikan cencaru RM 14.40 je. Besa Kak MB makan ikan pari seketoii kecik je RM 9 tau di KL. Ni 2ekor ikan tak sampai 20inggit. Hah, sangat berbaloi ler kan.


 Ulam-ulam dan sambal belacan RM 5 sepinggan


Sayur brokoli goreng campur RM 9.00 sepinggan.


Amboi, selera sungguh mak abah makan yea.

Sila makan yea mak dan abah. Jangan lupa tambah lagi nasi. Tak cukup bagitau kak MB ni. Kita makan puas-puas. Baru berbaloi datang jauh-jauh makan banyak. Kalau datang makan cikit je. Sat lgi balik n9 lapar balik.



Wajah cinta hati mama. Menung sambil mengunyah. Tak tau ler apa di angankan tu. Jauh menung tu der..!!


Ni budak kecik ni tak ngeti duk diam. Suh duk dalam baby chair tak nak. Bila dipegang mengamuk. Macamana mama nak makan ni? Bila di lepaskan dia merayau nak terjun ke laut. So kita buat sistem bergilir.. Papa makan dulu. Nanti baru mama makan yea.


Alhamdulillah. Sekejapan aje kami makan. Betul-betul kelaparan ni..

Syukur alhamdulillah. Semua makanan abis. Tiada pembaziran.

Perut kenyang baru senang hati. Senyum lebar hingga ke telinga.

Tak percaya...???


Taraaaa... Wajah kesayangan hamba dunia akhirat Kak MB. Mak dan abah..

Muka kekenyangan dah tu.



Sebelum kita balik jom amik gamabar dulu buat kenangan. Nak amik gambar dihadapan restoran ni hujan ler pulak. So kita amik view membelakangkan view laut yea.

Berapa kak total semua makan ni???

Mesti tu soalan korang kan.



Hah nah amik kaww... Total RM 164.35 untuk 6 orang makan....

Berbaloi ke x? Mahal ke murah?

Tu semua atas korang ler. Maybe ada tempat lagi murah dari yang ni.

Apa-apa pun korang boleh kasi idea juga mana tempat ikan bakaq yang sedap lagi meletuppp pada akak. Boleh Kak MB terjah nanti kan.

Jangan lupa tinggalkan jejak korang di ruangan komen nanti yea.

Bye bye bye. Assalammuallaikum.. :-)

2 comments:

Zuraini Muhammad said...

Wahhhh...bestnyer ...okla tu tak mahal pon...yg penting puashati makan....blogwalking sini =)

mira zara said...

thank you singgah sini.. cuba ler ikan bakar ni memang tak rugi duit poket.. :-)