Pesanan Penaja ^_^

30 Dec 2016

Indahnya Japan Di Mata Ku

Hai semua.

Wah, lamanya akak peram entry ni. Dah masam macam jeruk dah kisahnya. Sebenarnya akak dah taip entry ni bulan Ogos lagi tapi dek kerana kecelaruan dalam diri yg teruk. So entry pun pending seketika.

Kecelaruan apa ek?? Jantina ke? Huhuhu

Sebenarnya impian nak ke Jepun bakal terlaksana Feb 2017 nanti. Insya Allah. Yeahhhh. (big clap)

Feeling excited tu. Tentu ada kan. So bila buat kisah ni. Akak confius nak publish ke idokkk.. Publish ke idokkk. Kang orang cakap poyo nya ler minah ni.. Macam dia sorang aje pernah ke sana kan... So akak save je ler dulu. Sok nanti-nanti baru publish.


Now. Ada 32ari lagi..

Wowwwww.. Debaran semakin terasa. Fefiling salji macam dah terasa sojuk-sojuk dah ni. Setahun beb akak menunggu. Of course perasaan tu lain dari orang lain.

Yer ler akak bukan orang kaya dik oit tapi impian setinggi Fujiyama. Perancangan di atur hampir 1tahun lebih kot akak merancang. Baru impian bakal terlaksanan.

Tik tok tikkk tokkk tikk tokkk...

Hari-hari tengok kalendar. Tandakan.

Kejap2 tengok ittinerary... Kejap2 tengok blog blogger traveler buddies ni.

Kalau boleh ilmu kena cukup dan mantap sebelum berperang.. Hafal mana nak naik train.. mana nak turun. Katanya sistem train sini sangat ler on time. Puntcual betul..

Takut sesat. Guna plak google street view. At least akak boleh nampak sedikit gambaran tempat mana yang akak nak pergi nanti.

Tak cukup plak dgn google street. Search pula google map untuk tengok jarak jauh destination. So dari situ akak baru boleh estimated berapa jauh dan masa untuk akak walking distance di sana. Baru boleh buat ittinerary lengkap.

Orang jepun ni kebanyakkan suka berjalan. Jalan diorang pulak bukan jenis mak limah pulang petang. Lenggang lenggok je. Diorang berjalan laju beb... Semput dibuatnya.

Hahahahaha. Bunyi poyo kan. Orang lain relax je. Akak je bagai nak pecah hotakkk duk fikir macam2.

Sebenarnya ramai kengkawan akak duk bertanya kenapa pilih Jepun sebagai destination holiday bukannya negara di Eropah???

Bila difikirkan balik negara-negara Eropah pun cantik sebenarnya tapi Jepun budaya masyarakat mereka unik itu lebih menawan hati akak untuk kesana.

Pembetulan juga yea. Akak ke sana bukan untuk bercuti ala2 mewah tapi ia lebih kepada mengembara melihat keindahan panoramanya, keunikan budaya dan displin masyarakat mereka dengan arus kemodenan yang membangun. Kiranya ala-ala backpackers.. No tour guide.. Semua sendiri-sendiri je. Lebih kepada walking. Lantak ko ler nak sesat barat di sana nantikan...

Apa uniknya Jepun di mata Mira Bechok??

Budaya Masyarakat Jepun

Masyarakat Jepun memang terkenal dengan budaya tradisional mereka biapun negara tersebut telah menuju arus kemodenan yang pesat. Namun displin dan saling menghormati antara satu sama lain tetap utuh dalam jiwa masyarakat mereka.

Kalau korang ke sana nanti boleh tengok sendiri dengan mata korang masyarakat diorang ni selalu mengucapkan perkataan "ohay┼Źgozaimasu" (selamat pagi) atau kon'nichiwa (hello) sambil menundukkan kepala (bow). Diorang sangat menghormati biapun kita ni warga asing. Kalau diorang ada buat salah ke atau terlanggar kita ke. Of course dengan cepat mereka meminta maaf "sumimasen" (minta maaf) sambil bow berkali-kali. Kadang-kadang kita plak rasa serba salah dibuatnya sebab kesalahan tu bukannya besar pun tapi bagi mereka sangat besar.

Lagi satu kalau kita datang menginap atau buat lawatan ke tempat mereka. Kalau kita nak pulang kan. Selagi tak hilang kita dari mata mereka. Selagi tu ler mereka akan melambai-lambai tangan mengucap "sayonara" (selamat tinggal). Kita plak rasa sedih nak tinggalkan mereka dek kerana layanan baik diorang berikan. Kita pun jangan ler lupa mengucapkan "arigat┼Źgozaimasu" (terima kasih) sebagai tanda menghargai layanan baik mereka.

Korang kalau tersesat di sana pun jangan mudah gelabah yea. Boleh bertanya dengan rakyat sana kerana diorang sangat mudah membantu. Bia pun bahasa pertuturan menjadi penghalang utama tapi tu bukan penghalang. Diorang kalau boleh akan membantu kita selagi mereka termampu.

Itu yang terjadi kepada sahabat Kak MB bila tersalah turun train station. So nak patah balik tak tau kan. Jadi bertanya ler kepada warga jepun ni. Punya ler baik mereka sanggup turun carikan platform yang betul untuk kawan Kak MB ni. Sama juga bila nak cari penginapan yang di tempah sanggup mamat mata sepet ni berlari sama mencari rumah penginapan kawan Kak MB ni berpandukan alamat yang di bagi. Nak cakap tak ngeti kan. Macam lembu dan kambing.

So kesimpulannya perbezaan bahasa tidak menghalang kita untuk saling membantu. Yang penting budaya dan nilai-nilai murni itu wajib ada dalam setiap mayarakat kita hari ini.

Displin

Orang Jepun ni displinnya memang tinggi dan sangat punctual dari segi masa. Tak heran ler jadual ketibaan train diorang sangat tepat 100%. Sebabnya masyarakat diorang ni adalah jenis yang workaholic dan bersistematik. So majoriti mereka pergi bekerja menggunakan train dan bas. Jarang diorang bawa kereta sebab parking dan minyak kereta di sana sangat mahal. Orang naik kereta ni di kira orang kaya tau.

Jadi displin mereka sangat ketat untuk mematuhi waktu bekerja dan menghargai masa yang berlalu. Kalau menunggu train ni WAJIB beratur. Korang jangan datang sana memandai-mandai nak potong barisan ekk. Please hormat peraturan di tempat orang. Jangan nak duk berebut naik train ke naik bas ke sambil bertolak-tolak. Please behave yourself. Kalau diorang boleh beratur dengan elok korang pun boleh.

Lepas tu jangan suka suki nak merokok atau buang putung rokok ikut sedap korang je. Di Jepun ada banyak kawasan larangan merokok. Ada tempat khas yang diorang sediakan untuk merokok ni.

Lagi satu di negara matahari terbit ni memang susah korang nak jumpa tong sampah. Rasanya macam tak disediakan pun tong sampah. So kalau korang nak buang sampah sila simpan sampah dalam beg dulu then bawa ke rumah dan buang dalam tong sampah tempat korang menginap tu nanti. Jangan lupa plak sampah tu mesti di asingkan ikut kategori. Kalau botol buang dalam tong botol. Kertas buang dalam tong kertas. Kalau ada saki baki makanan buang dalam satu tempat khas. Jadi sampah sarap mudah nak di uruskan mengikut ketegori. Walaupun tong sampah memang payah nak jumpa di sana tapi kebersihan negara diorang sangat diutamakan. Tak ada sampah pun di kaki jalan atau merata-rata. Ni semua kerana displin yang kuat.

Kalau korang rasa-rasa nak holiday dengan anak-anak di sana. Boleh ler ajar anak-anak dari sini untuk menjaga kebersihan dan tatacara buang sampah dengan betul.

Keselamatan

Yang ni akak memang tabik spring ler dengan Jepun. Walaupun duit bersepah, wallet atau barangan berharga di tepi jalan pun. Rakyat diorang sikit pun tak endahkn dengan duit tu. Diorang buat don't no je. Bz menguruskan urusan masing-masing sebabnya mereka memang dah di terap dalam jiwa mereka tidak akan mengambil barangan yang bukan milik mereka dari kecik lagi.

Jangan buat dekat Malaysia. Tercicir duit seringgit pun sekejapan je lesap. Belum lagi jumpa wallet ke barang kemas ke. Simpan dalam almari pun boleh hilang apatah lagi tercicir di tengah jalan. Musnah harapan nak jumpa balik.

Tapi ia berlainan di Jepun kadar keselamatan diorang memang selamat. Kalau nak travel sengsorang pun boleh tapi walaupun ia selamat korang jangan ler take easy dengan sengaja tak berhati-hati langsung kan. Ni yang membezakan Jepun dengan negara yang lain. Kurang mat copek.

Pernah satu insiden ni berlaku kepada anak kawan Kak MB sendiri yang hilang pasport ketika di Osaka dan tercicir begpack. Mereka hanya buat laporan di "keisatsusho" (balai polis). Alhamdulillah kurang 12jam dapat semula pasport dan bagpack mereka. Syukur sangat.

Lagi satu kalau korang ingin memandu di Jepun pun. Sangat selamat. Pemanduan di sana sangat berhemah. Kelajuan kenderaan mereka tidak melebihi 100km/j. Budaya pemanduan mereka pun sangat menghormati pengguna berbasikal. Jarang sekali diorang nak meng'hon orang yang bawak basikal ni. Kalau kenderaan berat nak memotong pun diorang kalau boleh amik space luas untuk memotong. Diorang lebih mengutamakan pengguna berbasikal. So tak perlu risau kalau korang nak round tour di Jepun ni dengan berbasikal ekk. Lebih save dan selamat.

Kebersihan

Tadi Kak MB dah bagitau bab sampah kan??? Jangan buang sampah merata-rata. Tong sampah memang susah nak jumpa. So pandai-pandai korang ler nak uruskan sampah korang. Rakyat Jepun punya budaya buang sampah adalah buang mengikut kategori. Sampah mereka diurus dengan baik. Lori sampah datang ada jadualnya. Kalau ada sisa-sisa makanan dalam bekas tupperware plastik tu. Diorang tak akan terus buang macam tu je. Diorang akan buang sisa makanan dalam satu plastik khas dan bekas makanan tu pun akan dicuci terlebih dahulu sebelum dibuang dalam tong plastik. That why sampah diorang tak berbau. Bab kebersihan di Jepun memang sangat diutamakan.

Kepada kengkawan muslim Kak MB. Kalau datang ke sana tak perlu risau dah mengenai masjid. Di tokyo atau area kansai memang banyak dah disediakan tempat solat (musollah). Boleh google yea. Cuma satu akak nak ingatkan kalau korang nak amik air wudhuk. Please jangan membazir air. Rakyat sana tak suka membazir. Displin. Gunakan sedikit sahaja air untuk berwudhuk dan kalau boleh jangan ler amik wuduk sampai basah satu lantai. Kerana masyarakat Jepun sangat pembersih orang nya. Kalau basah lantai ketika berwuduk sila lap balik dengan tisu.

Kalau ke toilet tu memang kering. Lepas membuang please flush dan jangan biarkn air terpecik ke lantai. Kalau terpecik pun diorang akan lap air di lantai tu dengan tisu atau kain. Nampak tak bertapa bersihnya mereka. Kalau tengok tandas-tandas awam mereka pun tidak seperti tandas awam di sini. Di Jepun toilet diorang memang jarang ada paip air disediakan. Walaubagaimanapun toilet diorang still bersih dan tidak berbau. Macam mana yea diorang menjaga kebersihan?? Kalau masuk toilet mereka boleh siap-siap tido berdengkur lagi. Punya ler selesa.

Kekeluargaan

Kak MB selalu tertanya-tanya kenapa anak-anak diorang ni mudah mendengar cakap ibu bapa dan menghormati guru mereka. Macamana cara diorang mendidik yea?

So hasil dari beberapa blog dan maklumat yang akak baca. Rupanya anak-anak mereka ni kalau nak bermain kena keluar dari rumah. Bermain ler di taman permainan seperti dalam cerita Doraemon mahupun Chibi Maruko Chan. No gadget. Biapun negara mereka hebat dengan gadget yang up to date. Anak-anak mereka di larang menjerit-jerit, berkejaran atau melompat-lompat dalam rumah. Biasa ni kawasan rumah adalah quiet zone.

Korang kalau nak menginap dengan bawak anak. Kena tau dulu kawasan korang menginap tu macamana. Sesuai ke idokkk bawa anak yang tengah melasak ni. Ini bagi menghormati tuan rumah tu sendiri dan peraturan yang di beri.

Kalau kita tengok rumah-rumah Jepun ni kebanyakkannya small house bukan compact house. Susun atur barangan diorang minimalis aje. Cukup ada satu tv kecik dan alas tikar mengkuang (tatami). Ala macam papa nobita time tengok tv kan. Bukan rumah macam kita. Ada sofa, tv gedabak besar, radio, meja makan. NO.!! Sana tak ada itu semua.

Barang rumah mereka ada sekadar untuk keperluan sahaja bukan kehendak. Sebab tu rumah mereka nampak luas walaupun kecil. Lagi satu bonding antara anak dan parents sangat rapat. Aktiviti malam diorang di isi dengan sesi bercerita kisah-kisah seharian yang berlaku.

Sekolah

Sistem pembelajaran diorang pun berbeza dengan sistem di Malaysia. Kalau di Jepun anak-anak yang berusia 7tahun hingga 12tahun tu kurang di tekankan kepada pembelajaran subjek ni. Bukan macam di sini anak 7tahun wajib tau membaca. Usia 9tahun dah terror mengira. Di Jepun lebih menekankan kepada nilai-nilai murni, displin dan kebersihan.

Di sekolah mereka tak ada cleaner ni. Anak-anak murid sendiri yang akan mengemas, membersih dan mencuci kelas dan sekolah mereka sendiri. Toilet anak murid yang basuh. Landskap anak murid yang akan kutip sampah bersama-sama. So menjaga kebersihan ni memang dah di terap seawal usia. Bila melonjak ke sekolah menengah baru mereka akan fokus kepada pembelajaran subjek.

Vending Machine

Vending machine ni dekat Malaysia pun ada. Apa nak di heran kan? Betul tak?

Hah u'olls salah. Yes, vending machine di sini memang ada tapi tak sebanyak di Jepun. Sana majoriti semua barang dijual melalui vending machine. Kalau korang nak beli barang dapur ke, rokok ke, sim card, beg duit, barang basahan dan apa saje ler semua melalui vending machine. Masuk je duit then tekan item mana yang korang ni.

Di Malaysia setakat jual air je di vending machine kan tapi di sana penjualan nya menyeluruh. So yang ni akak tak dapat nak bayangkan sangat sebab belum sampai lagi ke sana. Apa lagi jenis vending meachine ni jual. Nanti akak update live semua yang akak tulis hari ni. Unik ke idokkk??

Jepun tungguuuu akak datanggg !!!!

Okay ler setakat ni je kot yang mampu akak abadikan sedikit keunikan yang membuat hati akak terkinja-kinja nak ke sana. Selebihnya biar akak pergi dulu yea. Bagi ler akak merasa dulu apa yang akak tulis ni betul-betul unik ke idokkk??

Selamanya akak hanya membaca, melihat dokumentari dan menilai keunikan ni sendiri dari sudut mata yang melihat dan kefahaman akak je. So bila dah pergi nanti baru betul-betul faham.

Kalau ada yang salah apa yang akak tulis ni. Korang boleh tinggalkan jejak di komen yea. Kadang-kadang tak semua apa yang akak faham tu ia betul-betul terjadi. Maybe ia hanya ler rekaan semata-mata nak bagi rencah cerita menarik kan.

Gambar pun akak tak mampu nak update banyak. Cukup ler satu gambar yang akak google dulu ekk. Nanti akak amik gambar banyak-banyak. Kasi tepek sini blog. Baru real kan.

So unikkk ke idokkkk?

Sayonara..!!!

No comments: