Pesanan Penaja ^_^

19 Jun 2015

Juadah Berbuka Puasa 1 Ramadhan

Assalammuallaikum..

Syukur ke Hadrat Allah SWT diatas limpahan Rahmat dan KurniaNya serta dipanjangkan usia lagi. Akhirnya bertemu kita sekali lagi di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan ini. Alhamdulillah.. Dipanjangkan kesyukuran sekali lagi atas berkat doa dan niat yang tulus ikhlas. Insya Allah tahun ni dapat lagi akak berpuasa penuh seperti tahun lepas hendaknya.

Iye ler. Kita ni orang perempuan selalu je puasa tak penuh almaklum ler Allah SWT sayangkan kaum Hawa ni. Dia baginya ni rehat dan cuti Solat dan Puasa selama 7 hari setiap bulan kan. Syukur Alhamdulillah.

Kalau tahun lepas akak dapat berpuasa penuh sebab akak mengandung. Tapi harapan tahun ni insya Allah akak dapat jugak ler berpuasa penuh lagi yea. Tapi bukan kerana akak mengandung lagi tapi sebab Allah masih izinkan akak berpuasa penuh. :-) Sahabat baik akak yang selalu datang setiap bulan selama 7hari tu (Period) tak sampai-sampai lagi semenjak bersalin ari tu. Maybe sebab akak fully breastfeeding. Tu yang hormon still tak stabil lagi kot. Huhuhu.

Semenjak akak kawin dah mencecah 3tahun usia perkahwinan ni. Datang pula Ramadhan. Pastinya akak paling excited menyediakan juadah berbuka untuk suami dan anak-anak. Sebab perasaan akak bila nak masak lauk berbuka. Time ni ler akak teringin nak makan macam-macam (nafsu makan je). Godaan syaitan di kala perut lapar. Kadang-kadang minta yang pelik2 pun ada. Tapi mengenangkan Bazar Ramadhan dan kedai runcit pun jauh. Akak terpaksa ler masak sendiri. Jarang membeli. Kalau nak makan kuih pun akak cuba google resepi kuih muih yang senang dibuat dan cepat dimasak mengikut bahan-bahan yang ada di rumah sahaja. Kalau bukan bulan Ramadhan. Tak ada plak aku ni nak masak beriya sangat. Masak pun ala kadar je pun. Maybe ini ler perasaan orang berpuasa kot. Semangat meraikan kedatangan Ramadhan. Yang penting tidak membazir.

Juadah akak untuk 1 Ramadhan semalam. Alhamdulillah. Hanya masa 1 jam 30 minit sahaja. Sempat ler akak masak lauk yang simple iaitu kari daging dan sayur goreng. Pencuci mulut plak Sira Labu. Cukup ler juadah ni untuk akak dan Incik Padil je yg makan. Anak-anak bukan pose pun.

Ni je stock bahan makanan yang ada dalam freezer ni. Kebiasaan setiap hujung minggu akak memang beli bahan-bahan mentah untuk masak ni seminggu sekali je dekat Pasar Borong Selangor. Lebih murah. Almaklum ler orang bekerja dan kedai pun jauh kan.

Kari Daging Kasih Sayang.. Muahhhhh.. Much Love Incik Padil..

Sayur Goreng Campak-Campak hehe.
Apa saje bahan ada dalam frezeer semua masuk dalam sayur.

Sira Labu Cik Siti Wan Kembang.
Pertama kali buat. Incik Padil puji. Katanya sedap.
Tapi manis sedikit.
OK. Lain kali ayang buat. Kurangkan manis yea....

Pada sesapa yang tanya nak resepi juadah berbuka akak ni. Sila ler google resepinya sendiri yea. Sebab akak pun tengok resepi dekat internet. Wahahahaha.

Bukan akak pandai masak pun. Tapi inisiatif nak memasak tu ada ler sikit. Ok ler.

Selamat Berbuka dan Selamat Menjalani Ibadat Berpuasa. Dah 2 Ramadhan dah hari ni kan... :-)




















No comments: