Pesanan Penaja ^_^

18 Jan 2016

Beware The Wedding Fair..!!!

Assalammuallaikum semua.

Selamat memulakan rutin kerja harian diminggu ke-3 di tahun yang baru. Semoga jua dipermudahkan segala urusan kerja yea.

Kepada pasangan pengantin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada minggu lepas atau bulan2 yang lepas. Selamat Pengantin Baru akak ucapkan. Tak lupa juga pada sahabat sekolah akak iaitu Halim & Norzie. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.

Gambar Ihsan Google
Almaklum ler bila cuti sekolah je. Ramai yang amik kesempatan untuk buat majlis perkahwinan sehinggakan minggu lepas pun masih ada yang berkahwin lagi biapun cuti persekolahan telah tamat 2minggu dah. Lagi satu akak selalu tertanya2 kenapa asalkan cuti sekolah je mesti berduyun-duyun orang nak kawin ekk? Kalau tak cuti sekolah tak boleh ke buat majlis perkahwinan? Sabtu ahad pun cuti gak kan? Boleh je kalau nak buat majlis perkahwinan? Ermmmm.. Akak dulu pun kawin bukan waktu cuti sekolah. Amik bulan Feb sabtu ahad majlis akak. Kalau buat cuti sekolah. Katerer dan mak andam semua pack booking. Harga pun agak mahal ler. Diorang pun demand. Kadang2 amik job banyak sgt dalam masa satu hari tu. Terkejar sana sini.

Ok ler. Bila sebut pasal kawin ni teringat plak time akak nak berkahwin dulu. 4tahun dah masa berlalu. Huru hara dibuatnya waktu nak buat persiapan perkahwinan akak dulu tau. Nanti akak citer ekk apa kisah yang HURU-HARA sangat tu? Now bagi akak fefeling jap mengimbas saat2 manis ku dulu. Wah hahahahah. Bila tengok orang bersanding plak. Teringin rasanya nak bersanding lagi.

Outdoor Time : Tasik Pullman Putrajaya
"Pak pak pak gebong gebong.. Pak ke pak ke pak bong ge bong ge bong..(Bunyi Kompang) Sambil di iringi lagu.

"Kompang dipalu pengantin baru. Duduk bersanding tersipu malu. Kompang dipalu pengantin malu. Moga bahagia ke anak cucu"

Wah bestnya saat2 manis ketika tu. Semua orang duk pandang pengantin sambil berbisik2 sambil melambai2 tangan ke arah pengantin. Yang berbisik tu xtau ler duk bisik puji atau mengutuk kan. Almaklum ler dari atas kepala hingga ke kaki pengantin orang tengok tau. Berjalan pun serba tak kena dah. Nak senyum pun dah tak boleh dah. Rasa senyum terpaksa dah. Bayangkan ler bersanding bawah khemah yang hanya berkipas sahaja bukan nya di dewan yang beraircond. Tu selesa sikit. Ni majlis buat di kawasan taman perumahan. Muka rasa macam pakai topeng dan berminyak2 dah. Berpeluh. Tapi demi tetamu yang hadir. Pengantin ukirkan jugak senyuman manis.

Tu saat2 manis ler. Best bila terkenang balik tapi bila saat2 pahitnya nak dikenang semula. Rasa sakit hati plak akak ni tertibo tau.

Bila tengok flyer atau iklan berkaitan Wedding Fair disana disinun. Akak rasa tertipu tau. Tapi tak semua butik2 pengantin yang ada dekat wedding fair tu menipu. Ada yang ok. Contohnya kad perkahwinan akak buat masa wedding fair gak. Alhamdulillah. Siap dengan jayanya kad tu. Siap FREE box goodies lagi dalam 1000pcs. Akak just ingatkan korang je. Penganjur wedding fair ni tak salah tapi butik yang join ni ada yang bersikap TAMAK. Semua wedding fair dia join. Amik customer ramai2 tapi tak boleh nak handle. Kualiti perkhidmatan HANCUR. Janji manis mu je lebih. So uolls kena hati2 ler. Jangan jadi kisah seperti akak.

Nak tau al-kisahnya? Meh akak citerkan pengalaman akak sendiri yang berurusan dengan butik pengantin yang waktu tu akak jumpa ni di wedding fair.

Majlis perkahwinan akak hanya kurang 5bulan sahaja dari tarikh akak book butik pengantin problem ni dan akak kena prepare 2 majlis iaitu majlis bertunang dgn majlis perkahwinan selepas 2bulan bertunang. Masa tu agak suntuk untuk akak uruskan dan fikirkan katerer, mak andam dan pelamin mana nak tempah? Nak bagi goodies apa pada tetamu? Hantaran nak berapa dulang nak di siapkan? Barang hantaran nak kena cari. Berapa orang jemputan dan kad kawin nak diedarkan dan banyak lagi nak uruskan. Naik pening kepala. Semuanya akak dan Incik Padil yang uruskan sendiri. Mak bapak hanya mengurus dan menjalankan sahaja wedding kami. Bukan nak membelakangkan mereka tapi memang kami tak nak susahkn diorang. Walaubagaimanapun khidmat nasihat dari mak dan abah tetap akak perlukan. Ada gak bab jemputan sedara mara mak abah uruskan sebab akak tak kenal sgt mana kawan2 diorang kan.

Syukur alhamdulillah. Apa pun idea dan konsep perkahwinan yang akak nak? Famili akak setuju sahaja termasuk ler bajet perkahwinan akak. Diorang tak kisah asalkan majlis berjalan dengan lancar dan baik.

Seperti yang korang tau akak ni bekerja di KL waktu tu. Hujung minggu plak akak ada class pengajian di UITM Shah Alam. Masa akak sangat terhad dengan tugasan kerja hujung tahun iaitu tutup account di bahagian kewangan memerlukan akak selalu buat OT malam dan sabtu ahad untuk setlekan tugasan. Jadi waktu ni memang dugaan sesangat2. Mana nak fikir kerja, mana nak fikir assignment, mana nak fikir wedding lagi. Nak menangis tau time tu. Nasib baik incik Padil sudi menolong akak ketika itu.

Jadi secara kebetulan juga dalam sibuk2 bekerja ada The Wedding Fair di Jusco AU2 ketika tu. Dengar ceritanya di sini pelbagai perkhidmatan bab perkahwinan semua disediakan. Tinggal sediakan duit je berkepuk. Apa tema dan konsep yang korang nak semua boleh direlisasikan. So akak memang excited ler ke Wedding Fair ni. Tengok baju pengantin cantik2 kan. Maun tak gila dibuatnya. Akak siap berangan kononnya nak jadi Cinderella masa wedding nanti. Naik kereta kuda sambil berpimpin tangan dgn si putera. hahahhaah. Poyosss.

Siap bagitau Incik Padil akak nak bersanding pakai gaun ala2 Cinderella. Incik Padil dengar je ayat akak nak pakai gaun di tengah2ari buta panas plak tu terkebil2 mata dia. Dia duk bayangkan pengantin lelaki mesti pakai kot atau tuxedo tghari panas tu. Ermm korang sendiri bayangkan ler yea panasnya mcmana berlapis pakai baju. Sah2 ler dia tak nak. Tapi pujuk punya pujuk akhirnya Incik Padil akur gak dengan impian akak ni nak jadi Cinderella gak.

The Wedding Fair ni sebenarnya bagus tau bagi bakal2 pengantin baru macam akak ni yang nak buat persiapan perkahwinan tapi nak cari barang2 perkahwinan dalam satu tempat je. (Perasan. Dah pengantin basi dah mira oiitt. hihihihi) Tak perlu nak pergi banyak tempat nak arrange kad kawin, goodis,pelamin, katerer, khemah, PA System, photographer dan banyak lagi ler. Dekat Wedding Fair ni semua ada. Kita boleh buat tempahan mengikut kehendak kita. Jadi jimat masa, tenaga dan duit.

Cuma kita perlu berhati2 sebab bila kebanyakkan butik2 pengantin join festival pengantin atau wedding fair ni. Diorang akan dapat banyak job dan customer. Kalau arrangement perkhidmatan diorang tak bagus. Contoh staff tak ramai tapi job banyak, pakaian pengantin tak mencukupi atau banyak rosak atau job katering sehari ada 4majlis tapi staff tukang masak kurang. Macamana nak buat hidangan makanan utk jemputan yang beribu untuk 4majlis. Tu yang huru hara di buatnya. Diorang tak dapat nak berikan perkhidmatan yang bagus kepada pelanggan. Ada juga yang join Fair ni untuk mengketengahkan butik diorang yang baru bertapak dan bermula. Dari sini diorang memperkenalkan butik baru diorang.

So akak tak cakap wedding fair ni tak bagus tau. Tapi BEWARE..! Sebabnya akak sendiri dah terkena dik oittt.

Akak tersalah pilih butik pengantin. Dapat yang banyak masalah.

Ok. Jom akak citerkan. Akak da kenal one butik ni yang beroperasi di Jalan Ipoh KL. Butik ni akak jumpa masa di wedding fair di Ampang Point lagi. Tapi time tu akak tak decide nak pilih dia sbg butik pengantin pilihan akak. Tapi bila tengok khidmat yang diberikan akak seolah2 tertarik gak ler. Baju yang dipamirkan pun cantik2. Akak berkenan sangat sebab dia boleh buat kan akak baju baru mengikut design yang akak nak. FOC lagi tau. Owner butik pun siap bgtau akak kalau nak gaun ala2 wedding Siti Nurhaliza tu pun. Dia sanggup buatkan. Boleh buat demi akak.


Kalau korang di beri janji2 manis gitu mesti seronok kan. Lagi excited nak kawin. Lepas tu diberi tajaan makeup pengantin plak by makeup artist, siap baju 3pasang utk malam berinai sekali ler pakej, photographer cover 2ari nikah,berinai dan sanding, photo album dan photo book. Bagi akak ok ler perkhidmatan diorang ni. Free lagi testing makeup artist ohkey. Mesti ler aku excited nak kan. Padan dgn harganya. Tak mahal dan tak murah sangat. Kalau tak silap dalam harga RM5500 kot. Ingat2 lupa dah akak. So akak balik ke rumah dan fikir dan berbincang dgn Incik Padil semula.

Selepas tu akak pergi lagi ke wedding fair di Jusco AU2 plak dan terjumpa butik yang sama yang akak jumpa di Ampang Point tu. So tanpa fikir panjang akak pun book ler dgn butik ni dan decide bila nak fitting baju almaklum ler majlis tak sampai 3bln lg kan. Mana nak buat design baju baru lagi. So akak bawak buku PENGANTIN dan tunjukkn mana design akak nak tu.

Akak tetap dgn pendirian nak pakai gaun so design akak ala2 gaun kembang yang beropol cikit di pinggang. Nak cerita pun dah xngeti dah. Nak cari balik buku PENGANTIN ni ntah mana2 ntah aku campakkan dah. Nt akak try google baju ala2 yg akan nak tu ek. Tu pun kalau ada ler dkt google.


Ni gambar contoh je tau. Akak nak design bahagian pinggang sampai ke bawah ala gitu. Tapi bahagian atas tertutup dan berlengan panjang.

Selepas di janjikan dengan pelbagai janji. Akak pun boleh dikatakan hampir setiap hari ke butik tu di Jalan Ipoh KL. Kalau tak dapat ke sana waktu lunch. Akak akan pergi waktu balik kerja. Tak pun akak ke sana dihujung mingggu plak. Tu semua untuk memastikan semua perkara bab mak andam,pelamin,baju dan photographer berjalan seperti dirancang.

Utk 1st time akak sampai ke butik ni. Akak kena pilih baju berinai dan persalinan mana yang akak minat. So akak pilih malam berinai songket dan persalinan Bollywood, Jepun dan Jawa. So akak pun set date untuk FREE test makeup by MUA. So far mekeup dia cantik dan siap FREE photoshoot utk PRE-Wedding lagi pada hari yang sama.

Bila semua dah berjalan seperti yang akak nak. Akak rasa ni pilihan ni yang TEPAT ler kot. Tapi sayang sangat2. Lagi 2 bulan wedding dan waktu tu dah awal DIS. Akak tengok butik ni dah mula nak buat ragam dan onar. Akak try tanya mana baju yang di designkan KHAS untuk akak tu. Designer bagitau maybe awal JAN siap. Ohkey. Akak pun relax dan tunggu sampai awal JAN seperti yang dijanjikan. Tapi sebelum tu akak pun dah decide baju mana utk malam berinai dan persalinan kan. Tapi bila nak fitting je baju2 ni selalu staff bagitau baju ni keluar. Maksudnya ada pengantin lain pakai baju ni. Bila nak fitting je. Mesti staff dia bagitau baju2 hantar dobi plak. Padahal diorang ni bekerja senyap je. Tak ada nak call2 akak untuk bagitau datang fitting baju ke apa ke. Akak je yang selalu call terhegeh2 tanya bila nak akak datang fitting baju.

Padahal diorang dah sedia maklum yang wedding akak akan dilangsungkan awal bulan FEB. Waktu tu dah awal JAN tau. Baju tak fitting apa2 lagi. Akak dah mula risau. Bila tanya balik baju yang designer buat utk akak. Baru ler diorang minta akak fitting kan tapi akak sangat terkejut. Dari rupa gaya design yang akak nak tu boleh bertukar jadi baju si pari-pari. Ropol simple dipinggang yang akak nak tu boleh jadi ropol labuh sampai ke lutut. Akak dah mula macam hilang sabar. Sebab dah tak done nak tuka lagi design kan. Masa dah makin suntuk. Akhirnya owner tu boleh cakap amik je gaun mana2 yang ada disitu. Tanpa minta maaf ohkey. Penat tau hampir setiap hari nak ulang alik dari ke butik ni. Membazir masa. Sakit hati.

Nasib baik akak tak teringat nak amik gambar baju yang salah design tu. Kalau tak. Maun melingkup bisnes orang ni.

Tapi akak tak nak pilih gaun yang sedia ada sebab gaun yang dipamerkan semua style gaun cina yg seksi. Akak dah ler bertudung. Of course akak nak yang gaun ala muslimah kan. Bukan gaun yang tutup breast sampai ke kaki tapi leher bahu semua nampak. Aku tak nak macam tu..!!!! Mula ler nak marah ni. Incik Padil senyap je.

Bila angin dah cool sikit. Akak pun akur pilih je mana baju yang sesuai but still gaun. Ok. Jumpa dah gaun yang akak nak. Tup tup tup staff bagitau baju ni akan ada pengantin lain pakai seminggu sebelum akak kawin. So cari lagi gaun lain. Then masa yang sama nak fitting gak baju persalinan bersama aksesori dia. Sekali tgk aksesori dia sangat buruk. Kusam dan batu2 crown dia semua hilang dan pudar. Bila di tanya tak ada ke aksesori yang cantik lagi. Dia cakap tu je yg ada. Huh.. (Sabar lagi waktu ni).

Ni time nak fitting baju persalinan. Bila akak datang fitting baju persalinan Bollywood sekali tengok kain dan baju tu terkoyak teruk. Tu ler satu2 design baju Bollywood warna yang akak nak. Staff maklum boleh jahit lagi. Akak berdiam lagi. Yg baju lain semua kusam dan tak cantik. Sama gak dengan baju songket. Semua tak ada yang berkenan di mata akak. Akak pun xtau ke aku je yang cerewet. Tapi Incik Padil cakap memang baju2 dia tak cantik seperti yang dipamerkan masa "wedding fair" ari tu.

PENIPU...!! Akak terasa ditipu. TIPU..! TIPU..! TIPU..!

Tiba2 staff dia datang pada akak dan mintak akak buat payment lagi sekurang2nya 60% sebelum wedding. Tapi akak baru bayar 36% je. Total akak bayar hanya RM2000 sahaja buat masa tu. Akak tak bayar abis lagi.

Selepas insiden tu, lagi seminggu akak nak kawin. Akak tanya lagi staff butik tu. Bila boleh akak fitting semua baju yang akak nak. Sebab alasan selalu baju hantar dobi atau pengantin lain pakai tapi ni next week nak kawin dah akan tak da lagi baju yang akak nak.

Alik2 staff dia bagitau "boleh tak akak datang fitting hari khamis sebelum akak akad nikah hari jumaat tu."

Whatt???? What the F_ _ K? Mula ler akak nak mencarut time tu.

Ko gila ke apa. Esok nak akad nikah. Hari ni baru nak fitting. Habis baju tu tak perlu nak dry cleaning dulu ke?

Staff dia boleh menjawap lagi "relak ler kak. Kita punya customer sampai Pahang pun ok je dtg fiting."

Akak dgr je dia mnjawap macam tu. Akak rasa macam nak bagi penampar je minah ni. Boleh plak ko nak sama kan aku dgn customer ko yang lain ek? Ko tak tau ke ni wedding sulung dalam famili aku. Tu pun hari khamis dah sibuk macam2 hal nak buat dah. Boleh pulak ko suh aku datang dari N.Sembilan ke KL semata-mata nak fitting baju ko ni. Lagipun aku bukan da kereta nak ulang alik ke KL ni. Stupid girl..!

Lagi 7hari nak akad nikah baju pengantin, makeup dan pelamin tak setle lagi. Bab pelamin pun satu. Janji nak decide ala2 Pelamin Rome. Tapi itu tak boleh. Ini tak boleh. Nak kena keluasan dan ketinggian yang ditetapkan. Akak dah bagitau awal2 akak buat majlis di kawasan taman perumahan bukan hotel. Tiba masa nak decide pelamin smua tak ok. Then di bagi pelamin yang akak xminat. Kerawang sana sini ala2 zaman dulu tu. Time ni akak dah mula cakap maki2 je. Stress wei.

Diorang still nak akak datang gak buat fitting hari khamis sehari sebelum akad nikah gak. So memang tak ler akak nak pergi kesana khamis tu. Sebab buzy dah.

Cerita ni semua hanya kengkawan je tau. Mak abah sampai ke hari ni akak tak pernah ceritakan pun.

Balik pejabat. Akak buat sesi luahan perasaan dgn kawan2 ofis. Rupanya ada kawan ofis pun terkena gak dgn butik ni. Dia just hantar kain untuk di jahit labuci pada baju kawin dia. Alik2 tak siap. Lepas tu bukan nak mintak maaf. Tukang jahit tu senyap je. Kawan akak tu pun tak amik pun kain yang dihantar ke butik tu. Kalau akak tau butik ni bermasalah. Indah khabar dari rupa. Taubat ler aku nak pilih butik ni. Dugaan.

Last akak jumpa balik staff butik ni. Akak tak jadi nak amik dekat dia. Cancel. Tapi staff ni bagitau kalau CANCEL BOOKING. Deposit BURN. So RM2000 tu banyak tau. Akak bukan orang kaya. So dgn deposit yang ada akak amik photographer je untuk wedding 2ari tu.

Uwaaa..! Uwaa..! Uwaa..! Uwaa..!! Menagis tau. Akan nak jadi. "Pelamin angan ku musnah."

7ari lagi nak akad nikah beb. Semua tak prepare lagi. Ni baru bab mak andam, pelamin, makeup. Tu blom lagi akak cerita bab katering yg makanan lambat sampai, tak cukup, khemah lewat pasang, pelamin lambat pasang. Semua dugaan tau. Senang citer. Petang khamis lagi akak dah resah sebab khemah tak sampai lagi. Rupanya khemah ni dari KL gak. Khemah yang dibook sama dgn katerer. Aduhaii. Pening. Pening. Hari jumaat subuh sama hari nak akad nikah akak tak tido tau menunggu pelamin pasang pukul 12tgh malam. :-(

Nasib baik mak andam belah pihak Incik Padil dah setle. Kebetulan mak andam ni pun sedara dgn Incik Padil. Mudah nak communicate. Jadi dgn masalah mak andam belah akak ni akak cerita kan. Akhirnya Incik Padil amik Fully Packages 3hari 2malam dengan cousin dia ni bermula akad nikah, malam berinai, bersanding umah perempuan, bersanding umah lelaki dan outdoor semua cover all in pakej. 3x makeup by MUA. Photographer pun akak amik dekat dia gak. Akak takut kang photographer dari butik bermasalah tu tak datang kang. Langsung tak ada gambar yang boleh akak abadikan untuk anak2 cucu2 esok. So prepare awal2 still amik photgrapher lain gak. Fully pakej yang akak amik dgn Incik Padil ni akak bahagi ler ada ler part2 dalam pakej tu Incik Padil amik dan ada part aku amik.

Pelamin design ROME akak request pun still available boleh je dipasang walaupun wedding dekat rumah. Tak macam butik bermasalah ni. Semua tak boleh. Wedding aku tapi kena ikut otak dia je. Vonggokkkk punya orang.


Ni memang pelamin dekat rumah akak. Tapi akak amik dekat FB butik ni sebab gambar2 kawin akak semua dekat Senawang. Just simple saje.


Pelamin di rumah Incik Padil. Simple. Tapi suka warna biru nya.

Butik sedara Incik Padil ni adalah KIMIE KAJANG SRI ANDAMAN area pekan Kajang tu je. Baju dia pun cantik2. Tersusun rapi je disimpan. Warna pun tak kusam. Songket dan baju persalinan dia pun cantik. Alhamdulillah. Tercapai gak impian akak nak pakai baju gaun baru. Kebetulan dia baru pasankan baju gaun di patung pada hari tu. Bila akak tengok patung tu pun pakai cantik. Akak ler pemakai gaun tu yg pertama. Makeup dia pun cantik. Ok set. Amik je ler mak andam ni. Setle satu bab.


Muka dah sememeh dah time ni. Panas. Berminyak. Melekit.

Thumb up..! Good job from saudari Fadz
Untuk pengetahuan korang. Bukan akak tak nak amik butik di N.Sembilan. Tapi masa nak kawin ni kekangan masa sangat pack. Tak sempat nak ulang alik KL-Sbn-KL. So akak decide amik area KL just byar transportation sedikit. Tu je. Tak tau plak jadi kes menipu macam ni.

Balik semula pada butik yang bermasalah ni. Bila wedding semua dah setlekan. Gambar yang photographer dari dia pun problem jugak. Kata photographer tu. Dia just amik gambar je. Yang edit dan buat photo album semua staff butik tu sendiri. Butik tu bayar photographer tu hanya rm150 je sehari tau. Kesian photographer tu.

6bulan masa berlalu. Akak pun dah mengandung 5bulan dah time tu. Photo album yang dijanjikan beserta frame besar pun tak dapat lagi. Photo book dan album belah photographer butik Incik Padil dah siap lama dah.

Yang butik bermasalah ni tak setle2 lagi. Kalau call je tanya album. Kata nak hantar. Bila tunggu2. Tak hado datangnya. Call lagi tanyakan benda yang sama. Staff cakap on the way. Tunggu punya tunggu ada plak alasan tayar pancit, tengah pasang pelamin area lain, tak sempat nak hantar. Akak naik meluat dgn butik ni. Banyak sangat alasan. Nasib baik akak dah lupuskan semua buktik2 resit segala bagai masa nak pindah ari tu. Kalau tak maun MELETOPPPP citer ni.

Seperti yang dijanjikan. Akhirnya dapat gak gambar kawin akak dari butik bermasalah ni. Tapi Subhanallah. Akak dapat gambar je. Tak ada album. Dilambakkannya gambar dalam plastik. No album. Nasib baik ada album gift wedding ari tu. So akak susun dan simpan je gambar2 tu dalam tu. Bila di tanya kenapa tak bagi album sekali. Janji nak bagi album kulit keras ler ala2 kaca ler. Tiba masanya macam ni yang akak dapat. Harga RM2000 tau. Dia jawap "lupa kak". Sakit hati akak tau. Eeee, geramnya.


Ni ler gambar yang akak dah susun dalam album. Nasib baik ada gambar gak. Walaupun harganya tak setimpal mana.

Ok fine. Malas dah nak panjang cerita. Kalau boleh tak nak dah jumpa orang ni. Menyampah tau. Lantak ko ler dgn kulit album ko tu.

Lepas je insiden ni berlaku. Akak akan lebih berhati-hati. Bia ler cerewet sedikit. Asalkan berbaloi.

Istigfhar banyak2. Astafirullahallazim. Astafirullahallazim. Astafirullahallazim.

Fuh, lega dah... Ok ler.

Jom kita layan gambar plak.

Wajah ketika bertunang pada 12.11.2011. 2bulan sebelum bernikah.

Amboi, lebar senyuman Incik Padil kan?
Ni baju songket by Butik Kimie Kajang. Cantik bersama aksesori yang menarik.


Persalinan Jepun ke Korea ntah. Aku pun tak tau nama baju ni. Rasanya KIMONO ni. Jepun kot.

Persalinan Baju Jawa.
Persalinan Bollywood.
Ni gambar semua di ambil oleh photographer Butik Kimie Kajang tau. Kredit for abg Fadz Rahman

No comments: