Pesanan Penaja ^_^

20 Jun 2016

Roti John Daging Cheese Berkilo

Assalammuallaikum semua.

Salam Ramadhan.

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 16 kita berpuasa kan.

Kejap benau masa berlalunya. Tak sedar dah tak lama lagi dah nak raya.

Tapi apa-apa pun tekak akak masih macam first day berpuasa. Ngada-ngada sangat tekak ni nak makan macam-macam. Exspecially roti john, gulai lemak siput sedut dengan tepung pelita. Tu memang faveret makanan Kak MB bila berpuasa. Nak ke bazar jauh benor. Pastu ramai sangat orangnya.

Kalau bawak 2orang hero ni alamaknya tumpul mood nak membeli. So daripada berpusu kite ke Bazir Ramadhan. Better kita buat sendiri dirumah. Lebih puasati.

Last weekend akak da buat roti john cheezy. Incik Padil kemain puji katanya sedap sangat.

Iye ke sedap?  Katanya boleh buat dia gemuk kembali ni. (Eh eh bila masa ekk incik padil ni kuruih ye?) Bila Kak MB post gambar di Fb. Ada plak kawan yang request nak rasa gak roti john tu.

Jadi sebagai tak nak menghampakan akak buat ler roti john cheezy meleleh ni. Bagi ler kawan sorang ni merangkap jiran sebelah. Dia pun puji. Rasanya sedap meletoppps..!! Kebaboommm..!! Cheese yang cair di mulut..!!

Bila dah bagi sorang. Yang lain pun mesti nak gak kan.. Allah.. Maaf ler semua jiran-jiran Kak MB. Kalau nak akak hantar roti john ke semua rumah. Akak tak mampu ler sayang oitt. Kekangan masa nak membuatnya. Tapi akak share resepi yea. Nanti balik umah suh isteri masak atau pun balik ni terus gi beli bahan-bahan yea. Hasilnya pasti tidak akan mengecewakan.

Demi korang. Kak MB taip gak ler resepi ni biapun berpuluh kali menelan air liuq di tengah ari ni tau.

Roti John Daging Cheezy Berkilo 

Bahan-bahan 

400g daging cincang AZMY- (guna daging burger pun boleh & kisar guna pengisar kering)
2 labu bawang besar }dikisar (nak dicincang halus @ dipotong dadu pun boleh)
2 ulas bawang putih  }dikisar (nak dicincang halus @ dipotong dadu pun boleh)
1 packet kecik serbuk kari daging - bancuh dengan 1/2 cawan air
1 sudu besar lada sulah
Sedikit gula & garam secukup rasa
Sedikit minyak/ butter/ majerin untuk menumis (saya pilih butter lebih sedap)
Cheddar Cheese Slice
Telur
Bun sosej/ bun panjang (Kak MB guna roti gardenia aje. Mudah dicari.)
Sos Cheezy Keju Lady Choice
Sos Cili
Sos Black Papper
Mayonis
Sedikit daun bawang
Sedikit daun sup,
Kobis
Timun (optional)
Hirisan bawang besar (optional)

Cara Masak Inti Daging

  1. Kisar/ blend terlebih dahulu bawang besar dengan bawang putih.
  2. Panaskan 1 sudu besar butter/ minyak/ majerin dalam kuali dan tumiskan kisaran bawang besar dan bawang putih tadi sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan kesemua daging cincang bersama bancuhan serbuk kari daging dan tumiskan sekejap supaya daging dan rempah kari sebati.
  4. Selepas itu masukkan juga 1 sudu besar lada sulah bersama sedikit garam dan gula. Kacau sebati adunan daging ni sehingga sebati dan masak. Padamkan api dan biar sejuk sepenuhnya. 

Cara buat roti john
  1. Sapukan sedikit butter di bahagian depan dan belakang roti dan ketepikan dahulu.
  2. Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk dan pukul telur itu seperti nak buat telur dadar.
  3. Kemudian masukkan inti daging secukupnya (kuantiti mengikut kehendak hati) ke dalam mangkuk telur yang telah dipukul tadi berserta sedikit daun bawang dan daun sup. Kacau lagi sehingga sebati. 
  4. Panaskan non stick pan. Tuang 1 senduk inti daging dan buat bentuk empat segi biar padan dengan saiz roti yang diguna (kalau roti tu besar kena letak inti tu banyak la ye, kalau roti tu kecik cukup dengan 1 senduk). Letak kan 1keping @ 1/2 keping cheddar cheese slice ke atas inti daging tu.
  5. Biakan seminit @ 2minit untuk bagi inti masak dan ambil roti dan tekap diatas cheese slice dan inti daging tadi. Pastikan api perlahan yea. Kang hangus plak. Korang tekap2 kan sikit roti tu bersama inti utk bagi diorang melekat mesra. Huhuhu.
  6. Kemudian terbalikkan roti itu. Biakan seketika bahagian atas roti tu sampai nampak kekuningan dan keperangan sedikit. Kalau korang suka roti nampak garing. Bia ler lama sikit masaknya. Kemudian boleh diangkat dan diletakkan atas pinggan untuk hiasan seterusnya.

Untuk hiasan atas roti john.
  1. First taburkan hirisan kobis di atas roti. (korang boleh letak kobis purple atau kobis biasa pun boleh) Kemudian amik timun dan hirisan bawang juga ditabur ke atas roti john tadi.
  2. Selepas tu tabur mayonis, sos black papper, sos cili dan sos cheezy secukupnya. Ikut citarasa masing-masing yea. Kalau nak banyak cheezy tu. Tuang lagi cheezy.. Dah nama pun cheese berkilo kan. Baru puasati makan. Sesapa yang guna bun sosej tu. Boleh ler lipat dan potong 2-3 bahagian, sedia untuk dihidang. Tapi Kak MB guna roti petak gardenia aje. Jadi tak perlu di lipat.

Hasilnya..


Tadaaaaa...

Sori ler geng.. time ni dah nak pk7 dah. Jadi perut tahap dah lapa.. tenaga pun tinggal 1% je.. So nafsu makan tu dh membuak2. Jadi dgn perasaan geramnya. Kak MB bubuh segala cheese dan sos tu penuh perasaan. Hahahaha

Kesudahaannya Incik Padil berbuka makan roti john je dh kenyang.


Musnah diet dia.

Tapi apa yang specialnya??

Specialnya sebab kita yang buat sendiri. Semua sos lebih. Inti daging lebih. Ermm baru puas makan.. Hahahahaha. Yang seronoknya habis di makan. jadi berbaloi berKung Fu di dapur tadi.


Ni semalam kasi repeat semula roti john. So lagi satu kita kasi hantar jiran sebelah. Untungkan berjiran dgn Kak MB hahahahah.

Ok. Selamat Mencuba.

Noted : Sesapa kalau susah sangat nak cari Cheezy Sos. Boleh beli brand Lady Choice ni.


Dekat pasaraya biasa ada jual. Ni akak beli dekat Giant. Kedai Ramly Burger pun ada jual. Kalau nak cheese yang serbuk pun ada. Tapi perlu dibeli dekat tempat jual barang-barang buat kek ni. Tapi korang kena bancuh ler cikit dgn air. Kalau yang Kak MB beli ni instant dah.

Tuang je dalam botol. Then siap. Boleh dah dipicit ke atas French Fries mahupun kebab.

2 comments:

Hanis Azla said...

As-salam Mira..

Aduhai.. akak dah tertelan2 liur dah ni.. terima kasih ya berkongsi resepi.. Tapi nak buat sendiri macam mira tak berapa nak rajin he..he..

mira zara said...

Waallaikumsalam kak Hanis... Ni rajin buat sebab puasa je ni. Kalau bulan2 lain. Tak ada plak tekak ni nak makan pun roti john ni. Tekak mengada2 di bulan ramadhan ni.. Maybe hasutan nafsu je lebih2 hahahahah