Pesanan Penaja ^_^

3 Mar 2015

Dulu & Sekarang : (Merotan)

Assalammuallaikum.

Hari ni akak nak tanya korang. Sapa dalam hidup ni tak pernah kena rotan? Sampaikan rotan buluh tu pun korang tak tau ngupe nya cam ner kan. So korang boleh ler google yea camana rupa rotan tu.

Hari tu akak da terbaca citer rotan merotan ni dalam paper.


Akak Mira pun xtau nak setuju atau tak dgn bab merotan anak ni. Sebab pengalaman hidup akak memang dibesarkan dengan rotan. Tapi syukur alhamdulillah. Kini akak dah besar panjang. Ada kerja yg tetap. Hidup tanpa menyusahkan orang lain. Tapi berbeza dgn Incik Padil. Sebab dia dibesarkan dengan kasih syg, lemah lembut, penuh displin tanpa menggunakan rotan. Alhamdulillah. Dia pun berjaya dalam hidup dengan pelajaran yg tinggi dan pekerjaan yg bagus. Masing2 terdidik dgn baik.

Kalau dulu. Ibu bapa akan mendidik anak2 dgn tegas dan rotan ni sbg alat untuk mendisplinkan anak2 tanpa mendera anak2. Tapi sekarang anak2 di didik menggunakan pendekatan yg berbeza. Lebih kpd pendekatan psikologi.



Pengalaman akak dulu. Tengok je mak pegang rotan. Muka dah pucat lesi dah. Adik2 plak dah menyorok belakang akak almaklum ler akak anak sulung kan. Kalau kena rotan tu pastinya yg sulung kena dulu ler. Sambil menjerit2 cakap sakit. Tapi esok lusa buat lagi kesalahan yg sama. Tapi itu semua untuk mendidik kiter.

Hari ni anak2 kiter kalau dirotan sampai berbirat badan pun. Belum tentu diorang dengar cakap kiter. Silap2 anak sendiri berdendam dgn ibu bapa dan kita plak dituduh mendera mereka. Ada kisah tu sampai si anak merajuk apabila dipukul. Ada yg boikot tak nak makan. buat muka masam, duduk diam membisu, berkurung 24jam dalam bilik dan cam2 cara lagi ler. Itu semua adalah tanda protes si anak sebab kena marah dan dipukul.

Akak Mira dulu kalau main bersama adik2 jarang bergaduh. Kalau main bergaduh. Corfirm semua kena marah. Silap2 rotan hinggap dekat punggung. Kalau keluar pergi main dgn kengkawan pun. Mesti akan balik awal sebelum magribh. Kalau tak. Mak mesti dah tunggu depan pintu rumah dgn rotan dan pastinya kami tak dibenarkan masuk rumah. Time tu kiter pun dah kecut perut sebab takut tido luar kan.

Kesannya merotan ni pada kehidupan akak. Alhamdulillah. Kami adik beradik terdidik perangainya. Hubungan adik beradik pun sehingga kini baik dan tak pernah bergaduh. Saling hormat menghormati.

Kalau kiter citer plak zaman persekolahan dulu. Rotan ni memang tak pernah lekang dari tangan cikgu. Nak2 lagi cikgu displin. Kehulu hilir membawa rotan buluh ni. Salah sikit mesti kena sebat. Rambut panjang pn kena sebat. Buat bising pn kena sebat. Kalau merokok dekat sekolah atau bergaduh lagi ler teruk hukumannya. Semua orang takut dengan cikgu tau masa dulu. Cikgu adalah orang yg sangat dihormati. Tapi alhamdulillah kerana garangnya cikgu2 kami terdidik dgn ilmu yg bermanfaat. Kerana rotan nya kami menjadi anak bangsa yg berjaya. Tapi keadaan dah tak sama hari ini. Kalau hari ini cikgu merotan anak murid. Sah2 ada mak bapak yg marah dan melenting. Ada yg menyerang balik cikgu. Ada yg buat laporan polis. Ada yg masuk media massa lagi. Kalau hari ini anak murid di rotan. Tak mustahil ada kereta cikgu yg akan calar dan bocor tayarnya angkara dendam anak murid.

Beza kan dulu dan sekarang?

Kalau tak dirotan. Takut anak2 makin tidak terdidik akhlak dan perangainya. Senang citer takut tak menjadi orang masa akan datang. Tapi kalau dirotan takut plak dikatakan mendera dan menyakiti si anak dan tak mustahil akan menimbulkan perasaan dendam dalam diri si anak.

Jadi nak salahkan sapa yea? Kadang2 akak pun takut. Bagaimana ler nasib akak di masa hadapan nanti? Mampu kah akak mendidik anak2 sebaik orang dulu2? Terdidik kah anak2 akak esok?

Wallahualam.. Semoga Allah SWT melindungi anak2 dan keluarga kiter.. Amiinnnnn.







No comments: