Pesanan Penaja ^_^

2 Mar 2015

Perubahan Yang Penuh Nikmat..

Assalammualaikum..

Hello..

Selamat tengahari..

Jumaat lepas Kak Mira dah mula bekerja setelah 90 hari bercuti panjang a.k.a cuti bersalin ler.. Bestnya duk umah bersenang lenang dengan anak kan.. Tak perlu nak terkejar2 nak masak, nak mandikan anak, nak kemas umah.. Ikut suka ler nak bangun tido pukul brapa. Hehe. Kebiasaan Kak Mira lps je solat Subuh dan selepas Incik Padil ke opis dan si abg Fayadh ke umah nenek dia. Kak Mira akan tido balik sebab si adik Faiz memang lambat bangun. Pkl 9 baru adik bangun.. So mama boleh buat taiqq mata balik. Zzzzzzzzz...

Tapi kalau dah bekerja ni. 24jam masa tu seakan cam tak cukup je.. Kak Mira kena atur jadual balik ni. Semalam baru 2ari permulaan bekerja. So far masih under control lagi. Tak tau ler lps2 ni tak boleh nak control masa kan.. Tak pelah.. Kita yg uruskan masa. Pandai2 ler nak hidup.

Hari ni, hari ke-3 dah berkerja. Kononya nak bangun awal. Nak siapkan breakfast untuk fayadh. Kang tak de pengasuh terkejar2 nak buatkan sarapan si abg. Sbb takut adik meragam time tu. Pas2 nak bekalkan Incik Padil lauk ayam masak sambal hijau dengan nasi untuk bekalan tengahari nanti. Alik2 akak tertido kepenatan. 

Mana tak penatnya. Semalam pk1 pagi baru nak tido. Pk2 si adik nak susu plak. Bangun ler mnyusukan si adik. Pk4.30 bangun balik nak mengepam. Habis mengepam dah pk5. Ermmm tgk jam pk5 ni cam awal sgt nak bgn ni. Tido ler jap.. Kang pk6 bgn ler balik. Niat nak masak kan. Alik2 terlajak tido pk6.30 baru terjaga. Apa lagi terus bersiap2 mandi nak ke ofis tapi sebelum tu mandi kan si abg dulu. Sbb nak pi anto dekat pengasuh. Pengasuh dia pun nenek dia gak a.k.a mak mertua aku. Sib baik brg2 anak dah ready semalam. Tinggal nak prepare brg2 mengepam aku je.

So tak jadi ler nak bekalkan Incik Padil makanan. Nasib baik da balance kuih sagu mata ikan aku buat semalam. Boleh ler bekal kan Incik Padil. Buat pencuci mulut. Kang lapa tapau ler makanan lain yea sayangggg.

Ni ler kuih sagu mata ikan. Besa kuih ni di salut dengan kelapa. Tapi Incik Padil nak makan dgn susu cair ala2 puding gitewww..

Aduhaiiii... (sambil lap peluh dahi)

Baru 2orang anak. Dah ngeluh.. ^_^


Wajah2 hero mama


Opssss.. Jangan mengeluh ohkeyyy.. Ni nikmat namanya.. Nikmat berumahtangga. Nikmat ada anak. Nikmat jadi ibu dan isteri. Nikmat jadi 'SUPERMOM'. (ayat membakar semangat)

Ok. Balik kerja petang ni kena atur balik jadual kerja harian supaya tak terkejar2.

Betul cakap orang tua2. "Bile dah kawin. Hidup akan berubah. Biler dah ada anak. Jadual hidup akan berubah lagi. Kalau setiap tahun beranak akan berubah berubah berubah" Jadi nikmati ler perubahan yang sgt indah ni. 

Semoga Allah SWT permudahkan urusan hambaNya ini. Aminnnnn...





No comments: