Pesanan Penaja ^_^

14 Apr 2016

Bali : Part 1- Intro

Introduction

Assalammuallaikum dan Salam Sejahtera semua.

Nak cerita ke tidak? Nak cerita ke tidak?

Sebenarnya entri ni dah berkurun lama akak taip. Lepas tu padam balik. Nanti ada mood semula. Taip balik. Lepas tu peram. Sampai naik bersawang dah entry. Bukan bersawang je tapi dah basi pun ceritanya.

Tapi atas permintaan kawan-kawan yang nak bercuti ke sana. Yang bertanya macam2 soalan. Jadi akak cuba ler berkongsi serba sedikit kisah pengalaman akak ber'MaduBulan' ke Bali pada Feb tahun 2014. Waktu ni Faiz pun tak wujud lagi. Si abam Fayadh pun baru berusia 14bulan dan baru keluar wad dua hari sebelum kami berlepas ke Bali disebabkan jangkitan kuman di peparu dia.

Ikutkan kerisauan hati seorang ibu ni memang akak tak sanggup nak tinggalkan dia pada ibu mertua akak memandangkan Fayadh betul2 baru nak sihat dari penyakit yang dialami. Tapi setelah dipujuk dek mak yang menyatakan mak boleh jaga dia dan In Sya Allah dia akan sihat sepeninggalan dia bersama mak. Akhirnya akak akur gak ler sebab tiket dah dibeli 10bulan awal. Rugi kalau tak pergi. Hotel dan pak supir pun dah di book. Kebetulan time ni adalah Celebration 2nd years Anniversary. So Bali dipilih sebagai destination honeymoon. Tapi apa2 pun bagi akak nyawa anak syurga ini lebih berharga dari segalanya. Incik Padil pun cuba menyakinkan akak yang kita akan menelefon mak setiap hari bertanyakan khabar si Fayadh. Pergi pun bukan lama hanya 4hari sahaja.

Jadi sehari sebelum berlepas ke Bali akak ada juga ke kaunter AA yang berdektan untuk tanyakan case akak ni kalau-kalau AA boleh buat pemulangan balik duit tiket atas alasan anak tak sihat. Malang sekali AA tak dapat nak buat pemulangan kembali duit tiket yang telah kami beli memandangkan Fayadh bukan penumpang dalam AA tu. Kalau dia ikut akak sekali ke Bali waktu tu maybe duit tiket boleh dikembalikan semula bserta dgn surat doktor tapi bukan 100% refund. Ada secharge akan dikenakan dalam masa beberapa minggu.

So nak tak nak akak packing ler baju semua dgn bekalan makanan sewaktu disana nanti dgn rasa berat hati juga. :-( Sobs sobs. Sedih.

Ok. Take mood. Tarik nafas perlahan-lahan. Hembus. Huhh...

Bak kata Incik Padil kita nak berhoneymoon ni so jangan risau. Jangan sedih hati. Please be happy. In Sya Allah segalanya akan selamat. Berdoa selalu semoga semuanya dilindungi Allah SWT.


Secara ringkas gambaran mengenai Pulau Bali ni majoriti masyarakatnya terdiri daripada penganut Hindu dari zaman dewa Sita dan Rama. Kalau tengok muka mereka memang macam Melayu tapi mereka bukan Islam tau. Nak cari makanan halal pun susah. Setakat fast food bersepah disini. Tapi status kehalalan dia diragui gak ler. Banyak pok pok dekat situ. Binatang seperti anjing dah serupa kucing dah duk tepi meja orang makan. Meleseh-leseh di tepi kaki. Iyerkkkk..! So be carefull ekk bab makan di sana. Jadi akak dah stanby berpacket-packet bubur ayam dan maggi akak bawak dari sini.

Selain tu, Bali adalah antara pusat pelancongan yang selalu menjadi pilihan pasangan yang baru berkahwin. Kalau orang nak honeymon disini memang best. Banyak tempat yang menarik boleh dilawati. Pemandangannya pun cantik dan mendamaikan. Masyarakat dia pun jenis fun dan tak pedulik apa orang sekeliling dia nak buat. Lu buat cara lu. Gua buat cara gua. Lu lu Gua Gua. Gaya gitew ler gamaknya.

Bagaimana hari pertama kami di sana? Bersambung.........

No comments: