Pesanan Penaja ^_^

21 Apr 2016

Bali : Part 3 - GWK & Kecak Dance

GWK & Kecak Dance

Entry sebelum...

Hai.

Betul cakap owner Kedai Kopi Luwak tadi sapa yang minum kopi ni. Badannya pasti berasa hangat@panas. Malam tu akak tidur berpeluh2 beb. Padahal aircond dah kuat terpasang. Dah ngupe telan jamu dah ni. So tak rugi beli Kopi Luwak walaupun harganya agak mahal tapi katanya baik untuk kesihatan.

So next. Jom sambung jalan-jalan lagi. Lepas puas membeli kopi luwak. Kak MB ke GWK plak.

Apa GWK ni?


Ni ler Garuda Wisnu Kencana @ GWK yang menjadi salah satu tarikan pelancong di Bali. Ia dibuka pada pukul 8pagi hingga 9 malam dan masuk akan dikenakan bayaran.
  • Dewasa/ Pelajar : Rp 60,000
  • Kanak-kanak (Lebih 100m) : Rp50,000
  • Kanak-kanak (Bawah 100m) : Free
Setiap hari disini akan ada buat pertunjukan Tarian Barong, Kera & Rangda. Patung-patung tu menari ada kisah disebaliknya tapi Kak MB tak tau apa ceritanya? Tengok pepatung ni pun menyeramkan Kak MB macam patung Hindu yang merupakan agama rasmi di Bali ni.



Tak dapat bergambar dengan patung-patung tu pun tak apa lah asalkan dapat bergambar sbg kenangan dgn penari ni pun dah kira cukup baik. Almaklum ler rasa seram wei nak tengok muka dpatung tu.. :-)

Dekat sini ada macam-macam aktiviti seperti petunjukan Tarian Barong, Kera & Rangda, pementasan Tarian Bali, ada kedai-kedai yang menjual cenderamata gak dan restoran makanan tapi Kak MB tak singgah pun. Almaklum ler rasa was-was nak makan. Kak MB pun tak beli cenderamata disini banyak lagi tempat yang akak nak lawati. Nanti nak balik baru shoping.




GWK ni banyak patung-patung yang dibina setinggi 20meter oleh pengukir patung terkenal iaitu I Nyoman Nuarta. Tau ke sapa pengukir ni? Hahahahah Akak pun tak tau. Ni Pak Supir yang cerita. Akak singgah disini tak lama pun dan terus bergerak menuju ke Pantai Uluwatu untuk tengok pertunjukan Kecak Dance. Waktu ni dah nak pukul 6petang dah.

Review akak mengenai tempat ni macam tak ada apa2 pun just patung-patung yang agak menakutkan dan persembahan Tarian Bali.

Lepas tu akak ke Uluwatu untuk tengok Kecak Dance. Dari GWK ke Pura Uluwatu ni tak jauh tempatnya. 15minit sampai dah. Menurut suggestion kawan-kawan yang pernah ke Bali ni semua suggest akak tengok Kecak Dance di Uluwatu lagi best dari tempat-tempat lain. Maybe sebab pertunjukan ni diadakan menghadap pemandangan matahari terbenam dan berhadapan dengan Lautan Hindi. Anginnya sangat kuat. Cantik. Ombak yang menganas.




Ni pintu gerbang sebelum masuk ke Uluwatu Temple. Sebelum masuk akan dikenakan bayaran sebanyak Rp 20,000 seorang / RM5.40. Bagi pelancong atau pengunjung yang memakai pakaian singkat atau seksi akan diberi kain sarong untuk menutup aurat ler dan penghujung diminta memakai kain kuning yang dililitkan di pinggang. Nasib baik tak disuruhnya melilit kain tu dikepala kang dah sama macam pendekar melayu plak. Huhuhuhu.

Baca disini untuk mengetahui Sejarah Temple Uluwatu

Dalam Temple Uluwatu @ Pura Uluwatu ni juga terdapat pertunjukan Ke-cak Dance yang bermula pukul 6petang dan di anggotai seramai 70 orang lelaki. Pertunjukan ini ditontonkan pada pengunjung hampir 1jam sambil menyebut Cak Ke-cak Ke-cak Ke-cak.

Cer korang sebut kecak kecak tu sampai sejam. Confirm air liur korang berbuih-buih keluar. Penat wei. Hahahahah. Iyerkkk..!

Pertunjukan Kecak Dance ni kisahnya juga yang mengisakan cerita epik Ramayana dan nak masuk ke sini pun kena bayar juga tau Rp100,000 / RM27 seorang.


Hampir 70 orang ahli dalam satu kumpulan akan duduk menghadap api lampu yang akan dipasang ditengah-tengah kumpulan. Kak MB tak pasti apa tujuan api lampu tu berada ditengah-tengah tu?


Lepas tu akan datang seorang pakcik yang pakai baju putih tu ibarat ketua yang akan memulakan bacaan doa sebelum pertunjukan bermula. Time ni akak tengok pakcik baju putih tu seolah2 merenjis air jampi ke setiap ahli kumpulan. Maybe nak mintak restu kot.

Bak kata pak supir sepanjang pertunjukan ini berlangsung tak pernah ditimpa hujan. Walaupun langit gelap nak hujan. Tapi tiba je pertunjukan ni berlangsung. Hujan pun tak jadi nak turun. Katanya hebat pawang yang menolak hujan tu.


Pertunjukan baru bermula.


Dari mula hingga senja diorang ni asyik menyebut cak-ke-cak-ke-cak-ke-cak-ke-cak-ke-cak tak abih-abih. Sampai satu keadaan tu. Tiba2 salah seorang ahli ni terjerit-jerit macam kena rasuk. Ingatkan lakonan je. Rupanya memang betul-betul. Masa orang tu dirasuk tak tau apa direpekkan. Kawan-kawan yang lain still menyebut cak-ke-cak-ke-cak-ke-cak-ke-cak-ke-cak tu. Diorang tak peduli kawan yang telah dirasuk tu.

Kak MB tengok depa tu duk nyebut kecak kecak tu dah ada dah ciri-ciri orang dirasuk. Semua seolah-olah ralit tak sedar apa-apa.

Aishhh seriau ler Kak MB tengok camtu. Macam orang kena sampuk dah. Dah ler time tu magribh dah. Segala setan keluar. Time tu ler pakcik baju putih tadi datang merenjis air kepada orang yang tengah di rasuk tu. Selepas tu baru orang yang dirasuk tu sedar dan kemudian terus join balik kumpulan dia. Dia seolah-olah macam tak teringat apa yang terjadi tadi.



Tang monyet ni memang mengejutkan Kak MB. Tiba-tiba dia muncul dari arah tempat duduk penghujung dan terus melompat ke arah group pertunjukan. Uwaaaa, takutnya muka ko nyett.. Kalau ada anak aku ni. Maun tak tido malam dibuatnya. Ntah-ntah demam terus.




Ni acara Fire Kecak plak. Pertunjukan ni ada 3 penceritaan tau. Semua mngisahkan epik Ramayana. Masa diorang letak bara api dekat dgn tempat kumpulan kecak duduk tu.


Tiba-tiba sang monyet tadi memijak-mijak bara api dengan marahnya. Semua Kak MB tengok dah tak sedar kan diri dah. Lupa diri. Kuat kaki dia duk pijak-pijak bara api tu.

Bagi Kak MB pertunjukan kecak ni memang best. Rugi sapa dah sampai ke Bali tak tengok Kecak Dance ibarat makan nasi putih tanpa lauk ohkeyyy. Tempat lain memang tak ada Kecak Dance ni.

Lepas je abih pertunjukan ni akak pun balik semula ke Kuta dan mencari makanan untuk dimakan malam tu. Berakhir ler perjalanan untuk hari pertama kami di Bali.

Memandangkan di Kuta tempat yang havoc. So tak perlu risau dan susah mencari makanan terutama fast food. Bile tengok KFC disana ada tulis Halal. Apa lagi akak pun bedal ler KFC utk dinner hari tu.

Esok ke mana plak kite yea? Esok Kak MB akan check out dari Tune Hotel dan menginap di Jimbaran plak. Camana keadaan bilik bulan madu kami? Tunggggu.. Nanti akak review ohkeyy.

Bersambung.....

No comments: