Pesanan Penaja ^_^

16 Feb 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Expenses Bajet ke Jepun

Assalammuallaikum WBT.

Terima kasih semua followers Kak MB di IG : amira_zara87 dan pembaca Mira Bechok yang tak putus-putus inbox dan email suh akak buat kisah Kembara Musim Salju ni dari mula sampai akhir kembara. Siap mintak tips lagi berkaitan kembara ni.

Hahahahah. Sabar yea adik-adik.. akak-akak sekalian. Banyak yang Kak MB akan tulis nanti. Tapi hari ni akak buat entry bab perbelanjaan yang dah hangus ni dulu yea.

Tertiba akak rasa macam blogger terkenal plak yea. Padahal follower bukannya sampai seribu pun dekat blog pun lagi ler... Sodih den konang kan balik.. Hihihihi

Tak pelah. Menulis ni sekadar hobi aje yang mengisi masa lapang akak dan sebagai penganti buku diary akak yang dah akak bakorrr sebelum kawin dulu.

Kena ler bakor kang kantoii kang zaman kegedikkan akak dulu.. :-)


Ni antara ringkasan perjalanan kembara akak selama 8hari di Bumi Matahari Terbit ni.

Cer tengok mileage perjalanan hampir 2000km dengan naik train dan Shikanzen.. Kalau jalan kaki 8hari tak sampai-sampai lai.

Route trip :
Kansai Airport - Kanzawa -  Kyoto - Nara - Osaka - Tokyo - Kawaguchiko - Haneeda Airport

Untuk tengok simple gambaran perjalanan ni. Korang boleh tengok di sini (klik) Introduction Kembara

Memang jiwa akan terkinja-kinja nak gi lagi tau. Sebab environment, culture dan discipline rakyat tempatan nya sangat berbeza dengan negara kita.






Walaupun kembara ni akak bersama Incik Padil. So perbelanjaan kira double ler kan. Jadi demi korang. Akak hanya share perbelanjaan untuk perseorangan sahaja ler yea. Lebih mudah.

Expenses :
Currency 1000yen = RM 40.15

Flight AAX KL-Kansai (Seat + Tiket + Tax + Meal) = RM 390
Flifht AAX Haneeda - KL ( Seat+ Tiket + Tax+ Luggage) = RM 706
Pass Takayama Hokuriku = RM 543
Bakpak Hostel Kyoto = RM 230
Kenta House Tokyo = RM 465
Poket Samurai WiFi = RM 80
Bekalan Makanan     = RM 50
Total : RM 2,464

Hotel
Oka Hotel Kanazawa : 4300 yen
Total : 4,300 yen

Entrances Fee
Wanda House = 300 yen
Kiyomizudera Temple = 400 yen
Kachi-kachi Ropeway = 720 yen
Total : 1,420 yen

Transport : Train, Buss & Pass
Kansai Thru Pass = 4,000 yen
Icoca Card = 5,000 yen
Subway Pass (Tokyo) = 1,200 yen
Expressway Bus Fuji = 3,500 yen
Tour Bus Kawaguchiko = 1,200 yen
Shikanzen Nozomi = 13,910 yen
Bot Hotaluna = 1,560 yen
Total : 30,370 yen

Makan & Souvinier = 20,000 yen

Full totally : 56,090yen (RM 2,252) + RM 2,464 = RM 4,716

* Expenses di atas tidak termasuk modal membeli pakaian winter dan perbelanjaan anak-anak yang ditinggalkan.

p/s 1 : Totally perbelanjaan dapat di jimatkan jika currency dapat yang murah dari yang tertera di atas, hotel yang lebih backpackers dan kurang makan di luar dan tidak shopping berlebihan. :-)

Totally di atas lebih jimat daripada yang pernah Kak MB tanyakan pada agent untuk 12k sekepala selama 8hari untuk trip seperti di atas. Oleh sebab mahal nawww dengan agent.. Kak MB cuba buat research selama 18bulan sebelum berlepas ke sana.

Semoga ia menjadi panduan serba sedikit buat anda semua yea. Sebarang komen boleh tinggalkan jejak anda..

Wassalam. :-)

2 comments:

faridatul nadya said...

Assalamualaikum Mira,terima kasih sharing pengalaman dengan begitu detail👍
Saya nak tanya pasal pass. Harga 7 days JR Pass yang cover satu Jepun 29,110 yen. Mira beli Pass Takayama Hokuriku 14,000 yen + tiket shinkansen ke Tokyo 13,910 yen =27,910 yen. Harga xjauh beza dgn 7 day pass tu. Ada reason ke Mira tak beli 7 day pass tu? Saya nak ke Jepun November ni. Plan nak ke Osaka,Kyoto,Nara,Hiroshima & Tokyo. Tengah dok pening tengok pass2 yang ada. Huhu

mira bechok said...

yup..sebenarnya kembara ni asalnya 6hari sahaja. ittinerary asal xpergi pun shirakawa go. asal pergi area kansai dan tokyo sahaja. hotel di Bakpak Kyoto pun kak MB dah booking dan full bayar dah. tapi 2minggu sebelum berlepas AA da bagi promosi untuk awalkan penerbangan. tu yang kak MB awalkan penerbangan 2hari lagi. tu yang masuk ittinerary ke Shirakawa Go. Bila dh nak ke sana. Kak MB calculate ckit mengenai pass yang ada. tu kak MB decide amik Pass Takayama Hokuriku sbb dia dah termasuk tiket bus sekali.

Kenapa tak amik JR Pass? Sebab kak MB nak naik shikanzen NOZOMI. dan Shikanzen Nozomi ni tak cover oleh JR Pass.

Kalau faridatul nak ke HIroshima dan tokyo dan ke Shirakawa. Better amik JR PASS ler.. lebih jimat