Pesanan Penaja ^_^

7 May 2014

Pengalaman Aku Persiapkan Diri Sebelum Bergelar Ibu

Hai :-)

Tak lama lagi bakal muncul hari ibu kan. So Mira ucapkan Selamat Hari Ibu for my mom di N.Sembilan dan mak mertua di Sg. Kantan, Kajang. Pengorbanan Mu melahirkan, membesarkan dan mendidik aku dan Incik Padil sehingga menjadi orang yg berguna. Tak dapat kami balas jasamu itu. So untuk wanita di luar sana yang bakal menjadi ibu tak lama lagi mesti excited kan menunggu kelahiran insan baru dalam kehidupan korang semua. Serius aku bagitau. Life korang akan berubah totally 100%. Apa korang nak buat mesti ingat anak dulu. Nak enjoy nak g tgk wayang mesti ingat anak. Kerja makan pun ingat anak. Bile anak sakit. Ibu ler yang paling mengelabah risau sampai menitis air mata, tak tido dibuatnya beb. Perasaan itu hanya ibu sahaja yang merasainya. Dulu aku sangat degil. Suka melawan. Keras kepala. Sekarang dah COOL cikit. Banyak belajar bersabar.

Tapi bila dah jadi ibu ni. Aku lebih menghargai mak aku. Sebab aku dah rasa cmana tak cukup tido sebab menjaga anak, tak cukup makan sebab anak menangis nak menyusu, tak sempat nak mandi sebab anak nak tido, kalau tengah mandi pun bukak pintu toilet tu cikit  sambil intai-intai anak depan pintu toilet tu agar dia tak nangis, cam-cam yg aku rasai sekarang. Tapi itu lah yg membahagiakan aku saat anak aku dah pandai panggil "mama" dengan terkedek-kedek berlari bile aku balik dari kerja. Hilang penat. Saat aku tengah mabuk dengan cam-cam alahan mengandungkan second baby ni. Bila terpandang wajah fayadh. Melihat kaletah dia bermain. Hilang mabuk jap. Time tu ler rasa seronok gak ekk ada anak ramai ni. Mesti riuh rendah. Tapi bile fikir mabuk alahan yang teruk. So aku setle kan no.2 ni dulu. Baru fikir nak tambah atau tak no.3. kihkihkih ^_^

Wah panjangnya intro aku ni. Excited nak sharing indahnya jadi ibu ni. Sebenarnya aku nak kongsi pengalaman aku masa tengah mengandung dulu. Tapi dah tersasar jauh dah cite ni. Ok ler. Sebenarnya masa aku mengandung tu. Masih ramai group budak ofis aku yang tengah mengandung. Semua tunggu due next year.Yang aku ingat salah seorang yang tengah tunggu due kak long kawasan aku Jijie Ker namanya. Dia dah 2x dah overhall. Kali tu nak masuk 3x ler overhall. Kak long pun tak maun kalah dengan adik-adiknya. ^_^. Kak long due Februari 2013.

Yang tengah tu ler Kak Long kawasan kami. Jijie Ker namanya. Sila klik untuk tengok blog dier.

Hah ni ler. Salah satu gambar yang aku cilok dari blog Jijie Ker. Antara group yang masing-masing heboh mengembungkan perut time tu. Yang baju biru tu namanya Ija. Dia pun sekarang tengah mengandung gak. Sama tahun ni jugak due nya bulan Oktober.

Aku nak share bagaimana aku persiapkan diri aku sebelum bersalin?Kononnya nak senang bersalin. Tak nak sakit. Orang cakap kalau nak senang bersalin minum ler minyak kelapa dara time trimester 3 tu dalam 7bulan ke atas ler. Nanti senang bersalin tak koyak katanya. Licin je nanti baby tu keluar. Aku pun minum ler minyak kelapa dara start 8bulan. Pastu sapu minyak tu kat Miss V dan urut-urut sikit Miss V bagi buat senaman. Aku pilih Minyak Kelapa Dara Tanamera. Aku amalkan minum sesudu kecik sebelum tido sehingga bersalin.

Minyak Kelapa Dara ni memang BEST..!!!

Pastu sebelum nak bersalin. Pastikan korang minum air milo dengan telur. Katanya nak bagi tenaga masa meneran nanti. Tapi aku tak sempat nak jamah makanan pun. Sebab heboh dah menahan sakit dan kecoh nak menerannya keja nya. Padahal belum tiba masa lagi pun nak teran. Baru bukak 6cm. Teruk kan perangai aku?? Astafirullahalazim. Mira oh Mira. Leher Incik Padil aku cekik. Tangan dia aku gigit. Sebab tak tahan punya sakit. Incik Padil bagitau aku lepas bersalin tu. Masa aku gigit,cekik dia tu. Dia rasa nak tampar je aku. Tapi dek kerana sayang dan kesian sebab aku sakit nak lahirkan zuriat dia. Dia redha. Sabar. Uwaaaa.. Touching jap.

Banyak-banyakkan beristifar jika berasa sakit masa constrasi baby. Banyakkan baca surah Yassin dalam ward atau dalam labour room. Tu pun kalau sempat dan larat nak baca. Kalau tak boleh. Cukup sekadar menyebut kalimah Allah SWT.

Pastu kalau korang tak nak ada strechmark. Aku amalkan sapu Bio Oil start 6bulan sampai bersalin. Memang kurang strechmark aku. Masa mengandung ada sikit-sikit je ada. Tapi lepas bersalin ada banyak disebabkan fayadh terlalu besar dengan berat 3.6kg lahir secara normal. So banyak rekahan ada di bahagian punggung dan perut masa proses meneran.

Brown Soup Tanamera ni buatkan kulit aku halus dan putih beb..!!

Masa mengandung ni kulit si ibu mesti ada alahan cam tumbuh jerawat, jeragat,  gatal-gatal dan kadang-kadang tu hitam-hitam di bahagian ketiak, leher, pelipat kaki dan celah kelangkang. Aku pun merasai simptom tu. Jadi aku amalkan penggunaan Brown Formulation Soup Tanamera. Alhamdulillah. Berkesan. Aku teruskan guna sabun ni sehingga abis berpantang.

Herbal Massage Oil ni still aku amalkan untuk second baby ni. Berkesan untuk buang angin.

Kalau kaki korang masa mengandung selalu bengkak-bengkak atau kena krem atau simpul biawak orang cakap. Rajin-rajin ler urut kaki tu dengan minyak panas. Pastu sebelum tido pakai stokin dan tinggikan kaki tu cikit untuk bagi pengaliran darah yang baik. Kalau ibu-ibu tak sampai nak urut kaki sebab perut dah besar kan. Suruh je husband masing-masing urutkan. Time ni ler nak bermanja-manjakan.

Ni gambar contoh je. Aku google. Botol susu kambing aku beli tu ala-ala camni ler rupanya.

Pastu ada orang tua-tua bagitau kalau tak nak anak kena kuning masa lepas bersalin. Minum Susu Kambing masa mengandung. Tu pun aku minum dalam 2 botol masa 7bulan dan 8bulan. Aku beli kat pasar malam. Keluaran FAMA. Harga RM 8 je sebotol. Syukur Alhamdulillah. Fayadh lahir tanpa ada penyakit kuning.

Faveret kurma aku yang ni ler. Sedap..!!

Lagi satu bab, tekak aku memang tak suka makan kurma kecuali bulan puasa. Boleh makan kurma tapi bukan faveret aku ler. Tapi masa mengandungkan fayadh. Tiba-tiba je kurma tu jadi feveret aku. Sampaikan lepas bulan puasa pun terpaksa Incik Padil cari kan buah kurma. Pastu memilih plak. Tak nak kurma lain selain Kurma Yusof Taiyoob. Kalau bulan puasa sekotak Kurma YT tu RM 6 je. Lepas puasa jadi RM 12 dah. Mahal cikit. Orang cakap kalau nak anak cantik, cerdik pandai dan sihat. Amalkan makan kurma dengan buah delima. So sebelum makan buah kurma dan delima ni korang selawat dulu sebelum makan yea. Buah delima tu orang tua-tua cakap kat aku ada gen cerdik dalam setiap biji-biji buah delima tu. So kalau makan jangan share dengan sapa-sapa termasuk suami. Wallahualam. Tapi aku makan buah delima ni sebab kebetulan mertua aku ada tanam pokok ni depan umah. So aku makan je ler. Tak tau pun khasiatnya apa. Tapi dengarnya buah kurma dengan delima ni memang bagus untuk ibu-ibu yang mengandung. Nanti aku search yea apa khasiat kedua-dua buah ni ekk.

Ni contoh koleksi pa&ma yg aku google. Abis dah aku sedekah buku ni kat Yanti.

Last kepada ibu yang pertama kali nak bersalin dan bergelar ibu ni. Pastikan ibu-ibu dah persiapkan diri dengan ilmu-ilmu keibubapaan, ilmu camana nak uruskan bayi, berpantang dengan betul, penyusuan breastfeeding dan kuatkan semangat, mental dan emosi anda. Jangan jadi cam aku. Ilmu tak berapa nak cukup hampir meroyan jaga si fayadh gara-gara tak cukup tido waktu malam. Tapi aku dulu suka kumpul koleksi buku pa&ma. Tapi dah bersalin je aku sedekahkan buku tu kat kawan aku si Aziyanti.

Thanks kerana sudi baca blog aku.



p/s : Sebelum nak bersalin tu. Pastikan korang mintak maaf banyak-banyak terutama pada suami, ibu bapa, ibu mertua, bapa mertua, adik beradik, kawan-kawan dan maafkan segala kesalahan orang lain yg pernah buat salah pada korang. Semoga korang dipermudahkan untuk bersalin yea. Insya Allah.




2 comments:

mira bechok said...

alhamdulillah.. syukur diatas limpahan rezeki yg allah berikan.. susu sehingga baby 4bulan masih banyak, licking dan masih boleh menyimpan stock.. :-)

mira bechok said...

alhamdulillah.. syukur diatas limpahan rezeki yg allah berikan.. susu sehingga baby 4bulan masih banyak, licking dan masih boleh menyimpan stock.. :-)